Thursday, February 12, 2009

Cinta Pelajar

Bolehkah kita menghindari perasaan cinta kepada seseorang semasa sedang menuntut ilmu? Saya terkenangkan seorang exco Kelab Inspirasi yang bermunajat di Masjid As Syakirin apabila jiwanya diganggu perasaan cinta kepada seorang pelajar perempuan yang manis dan lemah lembut. Exco tersebut memohon bantuan Allah supaya dijauhkan perasaan cinta tersebut kerana khuatir niatnya merantau ke Segamat menuntut ilmu akan bertukar apabila bercinta. Kepada Exco tersebut, saya tabik springggg....

Cinta itu indah. Namun cinta kepada Allah lebih indah mengatasi segala keindahan cinta kaum Adam dan Hawa. Cinta kepada manusia kerap mengundang sedih.

Seorang pelajar lelaki meminta pendapat saya tentang masalah dengan kekasihnya. Mereka kerap bergaduh. Lelaki itu penuh dengan kasih sayang. Si perempuan khabarnya tidak pandai menghargai kasih sayang tersebut. Lalu 'cool war' sering dilancar. Lelaki itu tidak mampu untuk belajar kerana terganggu emosinya.

Saya tersenyum apabila mendengar keluhan lelaki itu. Pengalaman lampau dijadikan sempadan.

"XXX, lelaki perlu macho apabila menghadapi masalah cinta. Perlu ada ego yang bertempat. Dalam keegoan, ada kelembutan. Cinta perlu rintangan. Apabila ditimpa rintangan, kesabaran itu perlu. Biarkan sidia bertenang. XXX perlu teruskan kehidupan seperti biasa. Satu kerugian kalau biarkan emosi menguasai diri. Kita hanya perlu ingat ALLAH. Hanya dengan mengingatiNYA hati akan menjadi tenang. Jangan ikut hati. jangan ikut emosi. XXX ada ujian kan, baliklah dan tumpukan kepada ujian tersebut. Ingat ALLAH!"

Di sebalik nasihat itu sebenarnya, saya hanya harapkan XXX ingat ALLAH kerana pelajar yang bercinta tanpa keredaan ALLAH hanya terheret dalam cinta palsu. Tambahan pula, kita di sini adalah untuk menuntut ilmu. Seandainya dilanda cinta, perlu bijak memberi sempadan kepada diri sendiri.

6 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

apa khabar puan?
lama saya tak melawat puan di blog ni..

emm...topik yang menarik..
saya teringat satu hadis:
"Barangsiapa mencintai(sesuatu)kerana Allah dan memberi(sesuatu) pun kerana Allah dan menolak pun kerana Allah, maka dia mencapai kesempurnaan iman" (HR Abu Daud)

Biarlah kita mencintai sesuatu yang membawa kita cinta kepada Allah..cinta tulus berlandaskan Ilahi insyaAllah mendapat rahmat Allah..

Masa saya praktikal dua minggu di sekolah , saya pernah juga nasihatkan pelajar-pelajar saya, kalau boleh jangan bercinta sewaktu belajar, kerana apa?..dugaan drpd syaitan lagi hebat..bisikan syaitan sentiasa ada..niat utama ke sekolah untuk belajar akan hilang...bagaimana hendak mendapat redha Allah, sedangkan niat asal sudah terpesong..kita tidak boleh buat kerja dalam satu masa, akan hilang fokus...maka sebaik-baiknya untuk mendapat yang terbaik, redha Allah adalah yang utama..

Secara tidak langsung, ini juga mengingatkan diri saya,insan yang lemah dan saya sangat takut dengan dugaan dan godaan syaitan..(sebab tu juga saya tak pernah bercinta sampai sekarang hehehehehe)

Saya teringat firman Allah dalam Surah Maryam ayat 96 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang -orang yang beriman dan beramal soleh,kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang"

Cintailah Allah kerana itulah cinta yang sebenar dan sejati..:)
semoga kita dapat memelihara iman kita dalam mencari yang terbaik di sisi Allah..insyaAllah..

Anonymous said...

salam kerinduan yg mesra kdp puan. apa khabar??? lama tak dengar khabar puan sejak peristiwa makan sambal petai udang hari tu... hehehe... urm... cinta pelajar??? (saya pn tak setuju tu...sebab takut tak bole concentrate dgn study...lainlah kalau dapat gf yg memahami dan boleh bawa ke arah yg positif...tapi kelau sebaliknya??? isk...berat tu nti... saya pun dah....)

saya sebenarnya menagih pendapat puan ttg isu perak (isu kedaulatan raja yg cuba disanggah) dan ada penambahan jugak ni...

2 @ 3 hari lepas ada seorg teman tanya kat saya kenapa kerajaan kita tak boleh bagi pendidikan tinggi (universiti) secara percuma seperti Arab Saudi dan UK (sy pn kurg pasti ttg kesasihan maklumat beliau ni...) tapi kalau betullah... kenapa eh??? bkn nak jdk seorg yg kufur nikmat...tapi mcm tak puas hati bila ditanyakan soalan tu saya tak dapat fikirkan pro dan kontranya...

itu je...

p/s:apa khabar agaknya inspirasi sekaRAng...

-am!RuL-

AnDeH said...

Salam, puan..
Berkat semangat "BUKALAH PINTU PAGAR" ciptaan puan...sy hadir dengan isu di Perak. Tp tk sehebat kalam puan lea..
heheee~ Mohon dihalusi agar yang canggung di betulkan kembali...
Jgn lupe lawat blog sy puan and comment puisi:
"TITAH BAGINDA TITAH PENDETA"..
"http://andehsilodeh.blogspot.com/

(Johari @ Andeh)

AnDeH said...

W'salam puan,
tQ sbb singgah dan beri komentar kat sajak nie.
Laman Web SHAMS tu mmg jarang2 update. Tak salah web tu student yang updatekan..
atau mungkin jgk btl administrator sibuk mengajar. Master aritu da apply TPM. Insya Allah, kalau ade rezki dapat lea smbung. Sy pn tgh nk apply DPLI sbb pglaman jg guru GSTT skunk ni da menguntum minat yg mendalam...insya Allah, mane yang ade rezki situ lea sy prg..Doakan ye puan...tQ

AnDeH said...

Salam puisi untk puan :)'

aniisma said...

Salam

Huda, saya sihat, alhamdulillah, sibuk marking papers sekarang. Cinta terkadang datang tanpa dijemput. Cuma perlu bijak mengawalnya...

Mirul yang tampan, isu perak ini sangat sensasi sekarang. selagi saya tak dapat analisa sendiri Undang2 Tubuh Negeri Perak, saya tidak berani memberi komen. Tentang pendidikan percuma, yang saya tahu, kanak-kanak bawah 18 tahun diberi pendidikan percuma di sesetengah negara. Tapi kalau IPT, itu saya tidak arif. Belum terjumpa lagi dengan artikel atau terbaca menegenainya.

Jo, salam puisi...