Thursday, February 5, 2009

Bukalah pintu pagar




Encik-encik semua,
Boleh saya bicara sebentar
Ini isu besar
Saya perlu memberi khabar
Saya sudah tidak sabar
Kulit saya gelap terbakar
Bukalah pintu pagar
Saya sudah tidak sabar
Penat bersimpuh di atas tikar
Perut pedih menahan lapar

Encik-encik semua
Walau encik berbeza dasar
Walau encik sering bertengkar
Walau hubungan terlalu hambar
Jangan kami menjadi sasar
Janganlah halang kami belajar
Kami seronok melaung ikrar
Kami asyik melihat gambar
Kami gembira bertepuk tampar
Kami leka kejar mengejar
Bukalah pintu pagar

Encik-encik semua
Bukalah pintu pagar
Kami sudah tidak sabar
Cikgu kata nak tunjuk gambar
Dua gajah bergaduh besar
Pelanduk tersepit tak boleh keluar
Kesian pelanduk, hak tercabar
Dek gajah besar yang tidak sedar

Encik-encik semua
Bukalah pintu pagar...

Nukilan hati:
Saya anak nelayan
Kuala Sungai Pinang

10 comments:

Anonymous said...

urm... nampaknya bukan shj hak org melayu dinafikan... kanak2 yang tak tau apa2 pun jd mangsa dek kerakusan mengguna kuasa...

amirul

Anonymous said...

Mirul

Children are seen but not heard...

Sajak lurus bendul ini saya dedikasikan kepada mereka.

Malang sungguh

Pn Noraini

AnDeH said...

Urmm,
unik puisi nie...
idea baru untuk menulis
tntang isu semase menggunakan kata and frasa yang lebih sinis tp
mempunyai isu tersirat yang cukup mendalam dan peting. Puan, mntk izin nk share puisi ni dlm blog sy...tQ

Johari

http://andehsilodeh.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam Johari

Lama tak dengar khabar. Dah keje ke?

Puisi saya tidak dapat mengalahkan kehalusan dan ketelitian pusi Jo. Keindahan puisi Jo mengagumkan.

Bila nak datang Segamat?

Puan Noraini

AnDeH said...

W'salam puan,
lame jgk tk dgr babar puan. Hrp2 sihat selalu :)'...
Alhamdulillah, da keje. Tp, contract basis jea lg lea, setahun.. Mengajar kat sekola area Rahang. Sekola Bukit Mewah. Ajar sceince and ICT sesi ptg. GSTT aje puan.. (guru sandaran)..
ermm puan, sy teruja bace puisi puan nie.. bersahaja dan mesejnye mudah difahami. Kene pada masa dan sinisnye dapat s rasekan memberi kesan terhadap pihak yang terlibat klu dmereka bace. Hehee~ da lame tk tulis puisi, puan. Da tumpul idea. Huhuuu~
Insya Allah esk dtg segamat. (Sabtu sampai ahad)..En Syamsyul jemput dtg konsert amal inteam and unic organised by club nasyid die..
ahad de teman senior bg talk viva DIIA... Ape2, sy doakan ilham puan tetap memberi inspirasi kepada mereka yang berminat dalam bidang penulisan, insya Allah...

arifrusli said...

salam puan,

ni untuk budak2 yg kene duduk bawah pokok tu ek sebab tadika kene kunci? kesian diorang.

Anonymous said...

salam pn. ani,
sajak langsung yang menghenyak
kalbu.syabas kerna mampu meminjamkan suara kepada si cilik
yang diperkecil dan dipinggir.
mari kita bela dengan penuh rela...

aniisma said...

Salam

Arif, betul lah tu, mereka terpinggir kerana tidak mampu bersuara...

En Ainol

Sekadar menyuarakan perasaan kanak-kanak yang tidak terucap...

Anonymous said...

Kak Ani,
Sajak sinis tapi penuh makna.
Nizam dah selamat sampai di UK.
Perjuangan sudah bermula...
Kirimkan salam saya pada En Ainol. Nampak dia rajin sungguh memberi komen di blog akak. Kirimkan salam saya juga pada Kak Zura. Jumpa lagi.
nizamlaw@gmail.com

Nazhatulshima N said...

Tahniah sekali lagi.Karya ini tersiar di BH hari ini. Bangga rasanya membaca karya rakan di dada akhbar.