Thursday, February 19, 2009

Bedak Sejuk

Semalam, ketika sedang meratakan bedak talkum di wajah, suara Abby Fana aka Abbyfanaskova di TV3 melantun sampai ke telinga.

"Bedak talkum boleh menyebabkan kanser, mengundang maut" begitulah lebih kurang.

Saya agak terkejut. Sebenarnya, memang terkejut. Botol plastik bedak talkum saya simpan terus dalam laci. Kenapa pulak ni?

Melaui carian internet, bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal. Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru.

O begitu! Selama hampir 40 tahun, saya memakai bedak talkum. Hampir 40 tahun!!!

Kementerian Kesihatan sepatutnya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc.

CAP yang mendedahkan isu ini akhirnya menyarankan pengguna memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

OK di mana letaknya botol bedak sejuk yang dikirim opah dari Sg Sumun Perak? Ada yang nampak? Siapa yang nampak, mama bagi RM1!

4 comments:

AnDeH said...

Heheheeee~
bahan2 sekarang nie mmg manyak bahan kimia...takowt rase nk gune...hehe~
Salam untuk puan...

UmmiAmmaR said...

betul la puan...my son pead ada bgtau jgn letak bedak talkum pada ammar punya kelangkang n bird dia.. doc tu kata terutama baby ppuan jgn letak sbb boleh course cancer..so sampai skrg anak saya tak pakai bedak..sy lg lh tak pakai talkum..sinus...

ROS said...

Assalamualaikum Ani,

seorang kawan masa belajar dulu pernah bercerita pada saya, abang iparnya terlalu cemburu dengan isterinya(kakak kawan saya). Setiap hari sebelum pergi mengajar, isterinya mesti memakai bedak sejuk yang memang tidak diratakan pemakaiannya, supaya tiada lelaki lain tertarik, kata suaminya.

Saya pernah bersua dengan kakak rakan saya tu. Memang cantik orangnya walaupun dengan adanya kesan bedak sejuk kering di mukanya. Tapi yang pasti, dia selamat dari bahan kimia yang berbahaya itu. Agaknya itu hikmahnya, walaupun pada asalnya suaminya cemburu dan tidak mahu orang tertarik kepada isterinya :)

Dah bertahun saya tidak memakai bedak, entah kenapa selepas berkeluarga saya rasa selesa tanpa bedak. Bedak hantaran kahwin 12 tahun lepas tak terusik ...hehe...

aniisma said...

Salam

Jo, dalam udara yang disedut setiap detik pun, banyak unsur kimia, pencemaran alam...

Ita, kanser servik yang paling ditakuti boleh berpunca dari talkum..alahai...

Ita@umi jah, kelakar pula bila membayangkan rupa kakak kawan Ita tu. Tapi kekal cantik dan selamat. Botol bedak talkum Ani dah tinggal suku...banyak dah ditempek di muka ni. Bedak sejuk mak mertua tak jumpa sampai sekarang...