Wednesday, November 12, 2008

Kersani

Di Segamat, kem motivasi anjuran Kersani Training Centre menjadi pilihan ibubapa. Kalau di Lembah Klang, berpuluh pengusaha menawarkan kem serupa dengan bayaran berbeza.


Pak Long, pemilik Kersani Training Centre rupanya seorang Jurutera, mungkin bekas jurutera. Dengan bayaran RM20, Along menyertai kem motivasi selama2 hari 1 malam. Alhamdulillah, lebih 100 orang murid Tahun 4 dan 5 turut menyertai.
Hutan dan pohon buah-buahan memagari Kersani Training Centre. Terasa nyaman walau nyamuk berterbangan riang. Along melahirkan rasa seronok sebaik pulang dari kem.
"Kalau ada lagi kem ni, Along nak ikut" bersungguh dia berharap.
Makan dalam dulang, cicah biskut dengan air teh, solat berjemaah, lontaran kata-kata nasihat dari Pak Long adalah antara cerita Along kepada Angah, Alang dan Kakak.
Alhamdulillah, anak yang sulung ini menikmati detik-detik tersebut. Along menerima kesederhanaan dalam kehidupan. Namun, mama berharap kecemerlangan dalam menjalani hidup sebagai hamba Allah yang soleh dan bertakwa...

4 comments:

Anonymous said...

Salam...saya terpanggil utk membaca blog ini...dan oleh kerana saya juga pernah mengenali kersani trainig centre di segamat ini juga membuatkan saya ingin sekali menulis disini. tahun 2005 sehingga 2006 adalah pengalaman hidup yang paling memeritkan di kersani. menjadi salah seseorang yang rapat dengan kersani pada ketika itu sangat menekan perasaan dan jiwa. mengenali kersani dan pemiliknya bukanlah satu yang menyeronokkan seperti kita mendengar ayat2 yg selalu diucap oleh orang ini(paklong?) umpama indah khabar dari rupa...saya pernah kerugian RM7000 atas dasar percaya kepada orang ini dalam urusan kedai mereka iaitu kersani delight. sehingga kini hutang itu tidak pernah di langsaikan oleh mereka kepada saya. pernah juga acap kali saya menedengar cerita dari jiran2 terdekat tentang keburukan kersani tapi saya hanya entah tak endah...malangnya apa yg saya dengar itu menjadi jelas dan nyata apabila saya sendiri yang terkena dengan sandiwara mereka. umpama talam dua muka makbolat selalu mengatakan supaya kita jangan memfitnah dan mengata orang serta mengumpat tapi apa yang saya lihat dialah orang yang suka mengumpat! mengata orang! memfitnah orang! mungkin kalian rasa saya orang jahat kerana memburukkan owner kersani training centre...tapi pernahkan kalian terfikir bahawasanya kalian tertipu dengan segala apa yg mereka lakukan?. sebagai orang yang dekat dengan kersani utk jangka waktu panjang saya boleh katakan bahawa apa yang kalian bayar utk apa2 saja program yang dibuat itu merugikan kalian. cappuchino? murtabak compress? atau lauk sambal ikan bilis yang kamu makan???? selesakah kamu dengan kepenatan dan paksaan mengutip buah? kamu dibayar gaji utk mengutip buah??? semata2 utk kersani jual tanpa menggajikan tenaga buruh untuk mengaut keuntungan dengan cara mengambil kesempatan keatas kalian!!! kemana hilangnya anak2 kemboja yang tidak dibayar gaji ketika bertungkus lumus menjayakan program motivasi mereka???? tanyalah kepada "paklong dan maklong" tentang perkara yang saya sebut diatas ini tentang duit 7000? tentang budak kemboja yang menyangkul di kebun milik mereka adakah dibayar? tentang tipu duit keluarga sendiri sehinggakan tekanan pada salah seorang kakak@adik perempuan "maklong"?? tanyalah dan carilah jawapan itu dari mereka...saya selalu memdengar alasan dari mereka dan dolak dalih mereka kerana mereka hendak menutup kesilapan mereka dan menegakkan benang yang basah.

diakhir kata cuba tanya orang ini adakah bagus sistem tocuh and go??? utk pengetahuan kalian bebrapa pemimpin dalam JIM sendiri tidak menyukai cara serta pendekatan yang di bawa oleh kersani.

Anonymous said...

Salam...

Bagi saya yang pernah ikut serta sebagai fasilitator dan peserta program di Kersani...saya gembira di sana...apapun yang berlaku, hati saya tenang di Kersani...mungkin sekarang saya tidak berada di sana tapi hati saya merindui Kersani...

Di mana-mana pun kita berada kita memang akan diuji dengan kata-kata kita...

All the best for Kersani...

Anonymous said...

salam...sekalipun lontaran kata2 yang dihujahkan di laman ini..bgi saye,stiap org ade zman jahiliyyah dye sndri....apepon....bgi sye,kersani ttap yg tbek...all the best..

Anonymous said...

rindunye sy pada kersani training centre.....