Sunday, November 16, 2008

Nilai Kisah Tain

Saya tidak meminati Senario. Lawak mereka selalu tidak menjadi. Kadang-kadang terfikir, harus gelak atau diam sahaja.

Namun, di bawah arahan suami Pn Sheila Rusly, lakonan mereka dalam drama Tain lain dari selalu. Maknanya, mereka memang berbakat tetapi bakat mereka perlu diterjemahkan melalui pengarah yang tahu menghargai bakat tersebut.

Dalam drama Tain, Wahid, Lan dan Azrey kelihatan yakin dengan watak masing-masing. Lan yang gagap, Azrey yang alim dan Wahid yang 'naive' menghiburkan. Episod kali ini ditonton bersama anak-anak. Babak dalam kelab dangdut menjadi perbualan saya dan anak-anak.

Mama: Along, Angah, Alang dan Kakak nak masuk kelab dangdut ke bila dah besar nanti?
Anak-anak: Tak nakkk...
Mama: Mula-mula minum air, lepas tu menari, lepas tu pegang-pegang...bukannya suami isteri..tak boleh, nanti Allah marah...
Anak-anak: Hmmmm...
Angah: Dangdut ni disko ke?
Mama: Bukan, dangdut bukan disko, tapi syaitan suka tempat ni.
Along: Tapi ma, Tain nampak macam suka je menari dengan pompuan tu..
Mama: Mmmm...(apa nak jawab yee)..Manusia imannya lemah, walau Tain macam suka, tapi dia sebenarnya tak suka...dia terpaksa...dia anak yang baik, dia ingat pesan mak dia...(dengan harapan anak-anak akan ingat pesan mama)

Perbualan ringkas yang harapnya dapat membuka minda anak-anak kita yang menonton apa yang dihidang. Saya fikir bila kesempatan, ibubapa perlu menemani tontonan anak-anak. Lakonan para pelakon perlu dinilai melalui kata-kata yang mudah difahami. Banyak drama Melayu yang bagus (terutamanya arahan suami isteri berbakat ini). Banyak juga yang entah mana nilai murninya.

Cuti sekolah ini, tentu ramai anak-anak yang akan terperuk dalam rumah, depan tv. Kitalah yang boleh memastikan nilai kisah sebalik apa yang ditonton dapat membentuk personaliti anak kita di masa akan datang. Cabaran berat buat ibubapa yang bekerja pastinya....

2 comments:

Nazri said...

salam
puan sihat?
saya nie nazri. nazri investment law dulu.
pasal tain nie memang dah popular. mmg saya sokong kena temankan anak2 tgk tv bcoz masa kecil dorang byk tanya dan ibu bapalah yang kena perbetulkan mana yg salah. lgpun tu kan baik habiskan masa bersama keluarga.
dikesempatan ini sy nak berterima kasih pada puan pernah mengajar saya dulu. walaupun satu subjek tpi nasihat puan saya bawa shingga hari ini.
May Allah bless you and family

Anonymous said...

Salam nazri

terima kasih kerana singgah dan meninggalkan jejak..alhamdulillah, ramai pelajar saya masih berhubung melalui emel, sms dan blog.

Semoga nazri akan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

keep in touch

Pn noraini