Tuesday, November 4, 2008

Durian

Seronoknya menonton Buletin Utama tadi. Seorang Profesor Madya dari USM berjaya dalam penyelidikannya mengenai kegunaan 'emas' pangsa durian. Terbukti setelah dua tahun penyelidikan, pangsa durian yang diproses menggunakan teknologi moden boleh menyingkirkan bahan logam dalam badan manusia. Prof Madya tersebut sedang menunggu pelabur yang berminat untuk mengkomersialkan hasil penyelidikannya.

Datanglah Segamat. Bila tiba musim, kulit-kulit si raja buah ini begitu mewah. Seguni durian yang kurang elok berharga RM10. Isinya dibuat tempoyak. Kulitnya dicampak. Segamat masih kaya dengan hasil alam. Bukan setakat buah rambutan dan durian. Andai ingin menyelidik tentang khasiat buah duku, sumber buah ini terdapat meluas di Muar. Mungkin, kulit duku mujarab untuk produk penjagaan kulit. Seperti kulit buah rambai.

Sebagai tambahan, jangan sampai hasil bumi kita di'curi' orang luar dan dipatenkan di negara mereka. Contoh paling sesuai, 'rompakan' pokok neem (semambu) di India oleh sebuah syarikat US. Paten menjadi isu besar dalam kes tersebut.

Andai ada Fakulti Sains di UiTM Johor, mungkin banyak sumber alam semulajadi Segamat boleh dikomersialkan.

Tahniah Prof Madya.

5 comments:

Anonymous said...

salam ani, apa khabar? Maaf kak lin tak dapat jenguk sekerap yg mungkin. Lama tak dengar cerita. Harap semua sihat di sana.

Kak lin ada gak tengok berita durian ni... menarik.

Lagi satu, blog FT dah di'block'. Katanya ada pihak tak tahan mendapat kritikan dr FT.

Anonymous said...

Waalaikumsalam Kak Lin

Alhamdulillah sihat tapi tengah 'fening' menanda kertas peperiksaan. Kak lin tentu terlebih sibuk, sampai blog masih tajuk lama, hehe...maklumlah dapat Consti. Law...

Ani perasan blog FT di'remove' sejak dia hantar posting tentang keberangkatannya ke mekah bersama keluarga. So, ani buat andaian, mungkin dia ingin fokus kepada ibadat haji dan merehatkan sebulan blog tu...Tak tau pula ada usaha mem'block' ni. Isu apa ya yang hangat sangat selain isu PM baru dan PAS yang semakin hangat dikritik FTzzzz?

Ani

Anonymous said...

Salam kak ani.
kalau ada fakulti sains, harap boleh cari sumber alam semulajadi untuk kuruskan badan. Hehe

ida_zy said...

salam kak ani
apa khabar? mesti tengah serabut marking kan, hehe
saya tengah tunggu satu lagi paper masuk 18hb, penat la nak pulun
23 dah nak pergi KAP kat shah alam :)

aniisma said...

Salam

Zana, lepas pantang bolehlah cuba kuruskan semula badan..tapi kalau cadang nak tambah lagi 3 orang adik Danish, susahlah sikit...

Ida, kak ani dah merdeka....tinggal proses validasi je..ida dah tak aktif posting entry mcm dulu-dulu..rindu gambar makan-makan yang sedap. Atau di sana lain benar keadaannya dengan keadaan semasa ida di uia tercinta?