Saturday, November 1, 2008

Impian Di Ambang Senja

Itupun kalau umurku panjang...sebelum maghrib tadi, sempat melewati beberapa blog mereka yang tidak dikenali. Ada yang menulis tentang percintaan, warna kegemaran, fesyen terkini. Yang terkesan di hati, apabila mengunjungi blog saudara seislam dari USM. Pengisian blog mereka berfokuskan agama. Mungkin sesuai dengan umur ini, saya terleka menyelusuri penulisan mereka sehingga ke Maghrib. Mereka menulis tentang perbandingan agama, tentang kaum Yahudi, tentang murtadnya segelintir Muslim di Acheh selepas tsunami dan banyak lagi perkara baharu. Rasanya terlalu luas imu Allah di alam siber.

Impian di ambang senja...moga Allah mengizinkan untuk saya belajar pelbagai ilmu lagi di kala umur mencecah waktu-waktu senja. Ingin ke Syria, Damsyikkan kota ilmu. Ingin ke Baghdad, ke Istanbul, ke China, ke India...Mungkin masa itu saya telah bercucu, moga ayah emak mereka tidak menggangu impian saya dengan meminta saya menjaga cucu-cucu itu...

Sekarang, terpaksa menyambung marking exam papers kembali...bersambung impian di waktu lain...

1 comment:

فاطمة said...

Assalamualaikumm..
syukran sbb sudi ziarah blog ana yg tak seberapa :) moga ilmu yg diperolehi boleh kita kongsi bersama :)
jemput ke blog ana yg lain ..moga kunjungan dan komen anti bleh baiki kekurangan blog ana..

salam ukhuwahfillah :)