Saturday, June 14, 2008

Latihan Ringan

Saya perlu banyak latihan ringan. Kebelakangan ini agak tertekan, saya juga perlukan terapi. Saya memilih untuk 'gardening'.


Doktor kata saya tidak fit, sebab itu tekak selalu diserang. Dr Aisyah kata tonsil. Dr Ngali kata ulser. Saya perlu ke pakar agaknya. Perlu jumpa Dr Zaki, pakar ENT di Melaka.

Halaman rumah yang benar-benar sekangkang kera itulah tempat saya mengeluarkan peluh. Saya malas berbasikal. Saya malas beriadah. Ke gym, usah cakaplah. Sikap buruk ini membuatkan badan terasa berat.

Pagi ini, saya ke halaman rumah. Rumput sudah memanjang. Bunga tidak lagi rapi. Walaupun halaman itu kecil, hampir dua jam saya mengerjakannya. Memang berpeluh.
Bila melihat kehijauan dedaun dan merah ungu kelopak bunga, bebanan di minda terasa mengurang. Berkomunikasi dengan bunga dan pohonan juga menggembirakan. Sekawan semut hitam yang bertempiaran lari melekakan. Bau dedaun yang digunting rapi menyegarkan. Dua pohon lidah buaya yang gagah meninggi mengujakan. Dua jam berkawan dengan pokok hijau dan berbunga mencukupi untuk latihan ringan pagi ini.


6 comments:

payat inc said...

walking la puan..
exercise jugak tuh...
hehe

ROS said...

Assalamualaikum Ani

Harap dah bertambah sihat. Ada 3 perkara yang menenangkan iaitu melihat isteri yang soleh, melihat air mengalir dan melihat pohon2 hijau. Baguslah, selain keluar peluh, jiwa juga akan tenang melihat warna hijau daun dan warna segar bunga2an. Tapi saya ni takde bakat tanam pokok la. Jarang pokok hidup subur macam mak saya tanam.

aniisma said...

Salam

Payat, saya bukan setakat walking malah climbing, walking in the house, climbing the stairs...

Umi Jah, alhamdulillah setakat hari ni tekak ni ok, tapi bila sem dah mula dan mula bagi lecture, ia akan berulang lagi. Tentang bunga, memang ada yang kata hanya tangan sejuk je boleh tanam bunga. Mungkin tangan ani tergolong dalam kategori tu...

Zaid Akhtar said...

main boling je la, puan.
Tenpin boling tak sampai 1km dr rumah. Joging2 la ke pusat boling.
:-)

Muhammad Khalid said...

Salam, jom join berbasikal. Kayuh keliling kampus!

aniisma said...

Salam

Ustaz Yazid, pernah cuba ke pusat boling, jadi bidan terjun dalam satu tournament anjuran UiTM, tapi akhirnya dianugerahkan sebagai peserta markah paling corot...

En Khaled, kak ani prefer basikal dalam banyak2 sukan tapi bila fikirkan kena ambik anak2 kat bukit siput pukul 4.30, masak untuk makan malam dan patah balik ke UiTM untuk berbasikal...alahai...
Banyaknya alasan kannnn...