Sunday, June 29, 2008

Mahkamah ISA?

Satu tajuk menarik di akhbar perdana pagi ini. Semalam, saya bertanyakan pada pelajar-pelajar baru UiTM Johor tentang apakah nama penuh bagi singkatan ISA. Tiada yang mahu menjawab. Apabila ditanya pada tiga pelajar baru, ketiga-tiganya sekadar menggeleng-geleng kepala. Mungkin tidak minat politik atau memang tidak tahu kewujudan ISA.

ISA dihujahi dua pendapat. Relevan atau tidak? Di Malaysia, semua arif bahawa kebanyakan yang ditahan di bawah ISA mempunyai kaitan dengan kenyataan atau tindakan berbau politik atau keselamatan dan ketenteraman. Ketuanan Melayu dan kewarganegaraan bangsa Cina dan India di bumi penuh sejarah warna-warni ini perlu dijaga seteliti mungkin. Silap penuturan pasti mencetus ketidakselesaan. Walau kebebasan bersuara dijamin Perlembagaan Persekutuan, ia bukanlah sesuatu yang 'absolute'. Perlu ada batasan.

Bila ada yang terlebih-lebih dalam menyatakan atau menzahirkan sesuatu, tindakan perlu diambil. Namun, membiarkan mereka tanpa perbicaraan yang sepatutnya menjadi hak mereka adalah sesuatu yang sangat-sangat perlu dikaji semula.

Prof Dr Shad Saleem Faruqi dan Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah menyarankan penubuhan satu Mahkamah Khas bagi tahanan ISA. Kehadiran wakil SUHAKAM dalam Mahkamah tersebut adalah satu langkah bijak.

Masih ada sinar bagi mereka dan keluarga mereka harapnya...

2 comments:

payat inc said...

erm
nice post...
saya tak pasti la...
tetapi sebagai pelajar uni, sepatutnye kena la tau sedikit sebanyak pengetahuan am nih. sy amat yakin di kalangan rakan2 saya pun ade yg tak tau makna ISA walhal ia merupakan isu yg amat besar.Dan ia bukan isu politik semata2. Ia merupakan isu kemanusiaan.

Kalau tak silap saya, dalam Islam juga dilrg untuk menahan org yg slh tanpa bicara. Kalau betul die slah, buktikan di mahkalamah. habis cerite.

Namun ia tidak semudah itu di Malaysia...

aniisma said...

Salam Payat

Kebanyakan pelajar sekarang gemar sesuatu yang berbentuk teknologi, games, mp3, myspace dan ntah apa-apa lagi. Sebab itu sesuatu yang bersifat konvensional (ISA contohnya kan satu akta klasik) tidak mampu menarik minat mereka.

Saya yakin Payat boleh berjaya menjadi pemimpin bangsa Melayu yang berjaya satu hari nanti. Dengan syarat, jangan lupa solat kerana solat pembenteng utama nafsu jahat dalam diri..(ingatan buat diri sendiri juga)