Monday, June 9, 2008

31 Mei 2008

Dua peristiwa dalam lipatan kenangan.

1. Ulangtahun pernikahan kami yang ke 12
2. Kenduri kahwin Ajak (adik ipar) dan biras saya, Ema

Kami menyambut ulangtahun perkahwinan di Perak. Ucapan ringkas keluar dari bibir suami yang sedang memegang dulang. Dia kemudiannya pantas ke halaman rumah mak mertua. Ada sahaja kerja sempena kenduri adiknya. Saya mengucapkan terima kasih atas ucapan sambil membawa pinggan mangkuk yang selesai dicuci ke dapur rumah. Kami tidak ambil pusing bagaimana harus kami raikan tarikh bersejarah itu.

Rupanya, 1 Jun 2008, semasa perjalanan pulang ke KL, suami bertanyakan anak-anak dalam kenderaan. "Siapa nak ke Teluk Batik?" "Nakkkkkk" jerit anak-anak.

Maka, kami bermalam di Teluk Batik Resort. Pakej penginapan yang lengkap dengan makan malam dan sarapan. Ternyata, dalam kepenatan menjayakan kenduri kahwin Ajak, kami tetap mencuri masa meraikan pernikahan 12 tahun sudah.

Semoga Allah merahmati kami suami isteri...

3 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Beruntung suami dan ayah yang mengerti perasaan isteri dan anak-anak.

aniisma said...

Salam En Halim

Sesekali suami atau ayah perlu memberi keseronokan bercuti pada isteri dan anak-anaknya. Tak kesahlah di hotel atau Air Terjun Gunung Ledang atau Pertak Kuala Kubu. Keseronokan sebentar yang insyallah akan menguatkan ikatan perhubungan selamanya.

Mohd Halim Kadri said...

Benar sekali kata-kata itu. Wahai para suami dan ayah perhatikanlah maksud sebuah hadis Nabi: Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik terhadap ahlinya [isteri dan anak-anak] dan akulah yang paling baik terhadap ahliku.