Thursday, May 1, 2008

Lelaki itu

11.30 malam. Mata Ati belum mahu lelap. Sudah dua bulan Ati tidak pernah tidur lelap. Air mata sering menemani malamnya. Perut diusap. Usia kandungannya genap lima minggu. Siang tadi, Dr. Zetty yang berwajah ceria bertanyakan tentang Suhaimi. Pantas Ati memberitahu Suhaimi bertugas luar bandar. Berita gembira ini patut dikongsi bersama,bilang Dr. Zetty. Ati menahan sakit belahan belati di hati. Pilu. Pedih. Ati pura-pura gembira. Ati tahu Suhaimi tidak akan gembira dengan berita ini. Ati sendiri cuak setelah disahkan mengandung. Perasaan gembira seorang bakal ibu tidak hadir di hatinya. Suhaimi pulang pukul 2 pagi. Mandi dan terus keluar dari bilik dengan memeluk dua biji bantal. Hanya satu malam mereka tidur bersama. Malam pengantin. Selepas malam itu, mereka tidak pernah lagi tidur sekatil. Selepas malam itu, Suhaimi nyata tidak lagi berminat dengan tubuh seorang wanita. Kerana Suhaimi seorang gay!

Peguam Ati menelefon petang tadi. Segala dokumen permohonan perceraian sudah difailkan. Sekarang biarlah Mahkamah Syariah yang menentukannya. Ati kecewa. Sungguh kecewa. Percintaan setahun mereka rupanya hanya lakonan. Malam pengantin mereka juga lakonan. Janin yang sudah terbentuk di rahimnya bukan lakonan. Nyata. Ati terpaksa menelan kenyataan tersebut. Semoga Ati tabah. Moga Allah mempermudahkan ujian ini. Pasti ada hikmah disebaliknya.

********************************

Golongan gay di merata tempat pada hari ini mendapat beberapa hak yang diiktiraf undang-undang. Mereka boleh berkahwin atas nama perkongsian. Mereka juga dibenarkan mengambil anak angkat. Sekiranya mereka bercerai, hak ke atas harta akan di selesaikan, juga mengikut undang-undang. Tapi bukan undang-undang Malaysia. Tentunya undang-undang sebahagian negara barat.

Bukanlah satu perkara yang mengejutkan jika cerita pendek di atas benar-benar terjadi. Ia memang cerita benar. Dari fail Mahkamah. Entah mengapa, ada juga gay yang sanggup berlakon menjadi lelaki normal semata-mata ingin menjaga hati ibubapa. Namun setelah dicuba, nyata tidak berselera. Yang menjadi mangsa ialah kaum hawa yang menginginkan sebuah keluarga bahagia sebaik sahaja selesai ijab kabul.

Mengapa lelaki menjadi gay? Apa kurangnya insan bergelar perempuan? Sedih...

3 comments:

payat inc said...

Ish...ni dah macam cite novel puan krang...

Tak sangke ade lelaki camtu..Yang biasaney tak boleh tengok pompuan aka pantang tengok pompuan...

Kesian wife die...

aniisma said...

Salam Payat

Ramai le Payat lelaki macam tu. Maksud saya yang pantang tengok lelaki. Yang pantang lagi satu tu memang ramai le,no doubt. Tiga anak lelaki saya tu, bila nonton tv dan adale bab2 romantik, akan pakat2 tutup mata. Doa saya, semoga mereka nanti menjadi lelaki sejati.

Memang kesian kat isteri malang mcm tu..dan dah ada kes macam tu berlaku...facts of life.

payat inc said...

wah ye ke anak puan camtu...bagus2...
huhu...anyway saya harap kawan2, sdare2 saye xde la camtu...huhu
kena telan camam kaum nabi luth baru diorg tau...