Saturday, May 17, 2008

Cikgu: betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Kerjaya sebagai seorang cikgu tidak enteng. Seringkali pulang lewat petang. Di sekolah, bukan sahaja mengajar dan mendidik, malah lebih dari itu. Selalu kita mendengar cikgu di sekolah perlu multi skill, kerana berdepan dengan manusia seumpama sehelai kain putih bersih dan bukannya mesin. Cikgu perlu bijak menelah emosi, menjangka kemungkinan-kemungkinan, meraih minat, menabur kata, merawat duka, macam-macam lagi. Bimbingan secara spiritual dengan penuh kasih sayang diperlukan.

Pensyarah di universiti juga begitu. Namun, pelanggan kami berumur dewasa. Peranan menjurus kepada membimbing secara lebih praktikal.

Saya percaya peranan cikgu di sekolah sebagai 'in loco parentis' kepada ibubapa sebenar adalah satu amanah yang sangat berat.

‘Seseorang individu yang menerima jawatan sebagai seorang guru meletakkan dirinya dan tingkah lakunya dalam arena perhatian orang awam. Seorang guru mempunyai kedudukan istimewa dalam komuniti. Pengaruh seorang guru dan kesannya terhadap pelajar melampaui sempadan bilik darjah dan sekolah. Guru menjadi model peranan untuk pelajar. Guru bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan semua pelajar. Peranan guru melibatkan semua perkara di atas dan tanggungjawabnya adalah sangat luas'- Hakim Gross

Jadi cikgu dan bakal cikgu, bersediakah menerima amanah itu?


*Buat para pelajar yang menghantar pesanan 'selamat hari guru', terima kasih atas ingatan dan ucapan.

4 comments:

ROS said...

Guru-guru dahulu [ada juga sebahagian guru sekarang] umpama lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain. Penat dan lelah tidak pernah menjadi penghalang untuk memastikan anak bangsa tidak ketinggalan dalam pelajaran.

aniisma said...

Salam umi jah

Guru sekarang punya tanggungjawab yang berganda beratnya. Kesukaran memahami makna sebahagian perkataan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains menuntut penerangan dan kesabaran. Sedang saya sendiri ringan sahaja tangan mencubit dan memarahi anak yang berempat, apalagi guru yang punya 30-40 murid.

Betapa beratnya tugas guru sekarang...

ida_zy said...

selamat hari guru pada kak ani juga
kak ani, pertama kali saya dapat sms
selamat hari guru drpd students
terharu sangat ehhe

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..puan..

Betapa beratnya tugas guru hari ini...byk yang perlu dikorbankan untuk mendidik anak bangsa..dan kadangkala, saya rasa takut juga nak berhadapan dengan pelajar-pelajar hari ini...byk cabaran yang perlu ditempuhi...