Friday, May 9, 2008

Cinta itu Benar Buta

Benarlah kata pepatah Melayu, cinta itu buta.

Kerana cinta, mata hati seseorang boleh menjadi buta. Kerana cinta, walau apa pun agamanya, walau apapun kepercayaan yang dianuti sebaik dilahirkan di dunia sehinggalah bertemu dengan si pecinta, ia boleh dilupakan.

Butanya mata hati kita bila bercinta
Panahan cinta menembusi kepingan hati
Hangatnya cinta mencairkan ketulan hati
Geloranya cinta membadai tebing hati
Semaraknya cinta membakar belukar hati
Rakusnya cinta menyingkap tirai hati
Indahnya cinta mengasyikkan dendangan irama hati
Meriahnya cinta menggamatkan sudut sepi sebuah hati
Bongkaknya cinta meruntuh tembok hati

Kerana cinta,

Aishah Bokhari
Lina Joy
Tan Ean Huang (Siti Fatimah)
Hartina Haji Kamarudin
Jacqueline Gillespie (Bekas isteri Raja Bahrin)
Aishah Jane (bekas isteri Ismail Ariffin aka Lepat)

Mereka, kerana cinta , sanggup meninggalkan agama masing-masing. Agama tergadai.

Paling menyedihkan, apabila melibatkan agama Islam. Kesucian agama Islam dicabuli. Islam menjadi mangsa. Islam dihina. Islam dipandang rendah. Islam hilang maruah.

Walau ada hukum tersedia, gagal diselia, gagal dibela...

Oh Tuhanku, Allah Yang Satu, matilah aku dan zuriat-zuriatku, suamiku, ahli keluargaku, sahabat saudara seislamku..dalam iman…Amin

3 comments:

Anonymous said...

salam ani, yang sayangnya mereka sudah berjaya dibawa mengucap dua kalimah syahadah. Tapi tiada bimbingan menyebabkan mereka tidak faham. Mengikut cerita Siti Fatimah Tan, selepas dia berkahwin dgn lelaki Iran itu, mereka telah makan ba alif ba ya dengan seleranya. Dan dia menjalani kehidupan macam biasa. Sangat menyedihkan.

aniisma said...

Salam Kak Lin

Kebetulan Ani baru membaca tafsir Surah An Nahl ayat 106-108. Ada kaitannya dengan senario ini. Golongan yang cintakan dunia melebihi akhirat, Allah tidak akan memberi petunjuk.

Mungkin kita boleh berbincang lanjut tentang ayat ini.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Puan..

Selamat Hari Guru..
Terima kasih puan kerana pernah mengajar dan memberikan saya ilmu yang cukup berguna pada saya..semoga puan berbahagia di dunia dan akhirat...insyaAllah..