Monday, March 28, 2011

Pencinta Buku

Duit RM100 yang saya simpan sejak bulan lepas masih kemas terlipat dan terselit di dalam dompet. Ia adalah untuk tujuan kecemasan dan keperluan. Kebetulan berlangsung Pesta Buku Segamat. Buku ialah keperluan bagi saya bukan kemahuan. Janji sejak Sabtu lepas saya penuhi dengan membawa anak-anak ke sana. Selepas hampir sejam membelek buku-buku yang berkenan di hati, kami ke kaunter bayaran. RM65.70 kesemuanya. Alhamdulillah ada baki. Saya bawa anak-anak ke Kedai Makan Rohaya bersebelahan Dewan tempat Pesta berlangsung. Inilah antara buku-buku yang telah dibeli. Fatihah seperti biasa teruja dengan novel karya Ain Maisarah. Farhan seperti biasa juga keliru untuk memilih antara 3 ke 4 novel. Lalu saya yang membuat pilihan untuknya. Fahim dan Fadhli lebih cenderung kepada novel penyiasatan. Saya pula keliru untuk memilih buku panduan jahitan baju kurung atau buku masakan. Kekecewaan menghantar kain ela 14 meter kepada seorang tukang jahit tahun lepas masih berbekas di hati. Jahitannya sungguh mengecewakan. Sejak Kak Mah Taman Dedap berehat dari menjahit, saya jenuh mancari tukang jahit lain. Saya terlihat buku Panduan A-Z Menjahit Baju Kurung. Setelah berfikir kurang panjang, saya capai sebuah. Saya berhenti di meja lain. Ternampak pula buku Senangnya Memasak karya Chef Hanieliza, maka kekeliruan antara jahitan dan masakan menerpa minda. Setelah berfikir agak panjang dalam keadaan bajet RM100, saya memilih buku masakan sebab anak-anak saya pemakan yang hebat. Masa untuk menjahit pula dilihat agak mustahil dengan keadaan diri saya yang hangat-hangat tahi ayam dalam sesetengah perkara.
Di dalam kereta semasa perjalanan pulang, mereka mula membaca. Alhamdulillah, saya dan anak-anak mencintai buku. Semoga tabiat ini berkekalan ke akhir hayat.


Pecinta Buku

Mari neneroka dunia baru

Dunia ilmu...

3 comments:

Kak Tini said...

Syabas! Anda telah membuat keputusan yang bijak dengan memilih buku masakan drp buku jahitan..lebih baik ani teruskan mencari tukang jahit yang serasi.. I have experienced that. Masa baru2pindah,dlm 3 thn entah berapa pasang baju yang beli-siap tapi tak sedap pakai, berapa pasang pulak yang tempah (sampai ke butik) tapi tak selesa. Alhamdulillah..sekarang akak ada 3 tukang jahit yang ok. Satu tips, bila mula2 nak hantar baju tempah, beli kain yang murah dan cuba satu dulu. Kalau ok, teruskan. Selamat mencuba.

aidayusni said...

Auntie Ani, ni Aida. Heeee, suka blog Auntie sbb bnyak info bergunaa (:
Auntie jngn lupa visit blog Aida tau. THNKS Auntie (:

--> hakmilikaidayusni.bs.c<--

lowongan kerja said...

termakasih Infonya.