Thursday, March 17, 2011

Abah Pulang ke Pangkuan Allah

Khamis lepas, 10 Mac 2011, 4 jam sebelum pemergian Abah, saya menulis tentang kesihatan Abah yang beransur pulih. Pada pukul 3.45 petang Khamis yang sama, ketika sedang menghabiskan kuliah kepada pelajar Pengurusan Perniagaan, saya mendapat panggilan sedih..Abah tenat. Pukul 3.50 petang, masuk lagi panggilan..Abah telah pulang ke pangkuan Allah......

Kini telah 8 hari Abah meninggalkan kami dengan seribu kenangan manis dan baik-baik sahaja tentang perjuangan kelangsungan hidup Abah di Sg Sumun, Perak. Abah, menurut suami, tidak pernah meninggalkan solat, Abah menurut Nyah tidak pernah memukul anak-anak, Abah menurut emak tidak pernah meninggikan suara terhadapnya, Abah menurut saya seorang lelaki yang gigih, tabah dan terbaik dalam hidup kami sekeluarga...

Abah, semoga tenang di persemadian abadi, di sisi Ilahi...

4 comments:

Sati said...

Al-Fatihah untuk arwah .. Terkejut sati.. Apapun itu yang terbaik, bagi kita yang hidup ni kematian itu adalah peringatan yang terbaik. Kita sama-sama doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin..

arifrusli said...

Al-Fatihah. Semoga Puan sekeluarga tabah mengharungi saat ini.

Unknown said...

teringat arwah abah saya...lebih kurang sama...
tidak pernah tinggal solat, solat berjemaah dan tahajjud jarang sekali tertinggal...
kalau musim peperiksaan mesti dia akan solat sekali dengan air, dibacakan doa dan dibekalkan kepada kami sebelum ke sekolah...
aurat dan pergaulan kami sangat dijaga...
kadang-kadang lepas subuh dibuat sedikit tazkirah @ bedah buku2 agama; kamilah yang kena hurai...
masa sekolah rendah dulu selalu juga subuh di masjid; naik kereta beramai-ramai sehingga kami adik beradik dikenali org masjid...
kenangan terindah yang takkan luput dari ingatan...

semoga Puan dan suami tabah...saya tahu, Puan wanita kuat!

Nizam Awang said...

Inna lillahi wa inna ilaihi ro'jiuun. Allahumma ighfrlahu warhamu waafihi wa'fu 'anhu. semoga Allah memberik ketabahan kepada Kak Ani sekeluarga menghadapi saat-saat sukar sebegini. maha kasih Allah kepada arwah mengatasi segalanya.

doa kami semoga arwah diberikan jannatul firdaus. semuanya akan sia-sia apa bila tercabut menyawa, melainkan antaranya, dititipkan doa anak-anak yang soleh/solehah.

Allahu yubarik alaikum.