Friday, February 18, 2011

Patutkah saya kembali ke dunia guaman?

Sejak pulang dari Tanah Haram, banyak kisah berkaitan undang-undang sampai ke pengetahuan saya. Kisah-kisah yang disampaikan sendiri oleh tuan punya badan. Kebanyakkannya kes suami isteri.

Puan XX atau patutkah saya memanggilnya Cik XX kerana beliau telahpun berpisah dengan bekas suaminya. Cik XX menelefon saya semasa saya sedang memberi syarahan kepada pelajar. Saya menghubunginya kembali setelah selesai kuliah.

"Ani, tolong carikan peguam Ni...nak tuntut nafkah anak-anak...dah 4 bulan dia tak bagi belanja.." keluh Cik XX.

"Suami saya nak kahwin lagi, Ani...dengan pembantu kedainya.." adu Puan ZZ pula. Suami Puan ZZ adalah pemilik sebuah restoran makanan Thai.

"Dia dah kahwin Ani, masa tu I pergi konferen kat Turki seminggu..." terang Puan NN dalam esak tangis yang sangat sayu...

Hati saya terusik dengan kisah-kisah di atas. Semuanya meminta saya memberi pendapat. Apa yang boleh saya katakan? Saya teringatkan lagu InsyaAllah nyanyian Maher Zain.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night and darkness all around
You feel so helpless you cant see which way to go

Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah
You'll find your way...

Saya terfikirkan janji-janji yang dimeterai seorang lelaki semasa menikahi isterinya...

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you...

Patutkah saya kembali ke dunia guaman?

4 comments:

Anonymous said...

Salam Ani,

kenapa banyak sangat kes2 seperti itu sekarang, ye Ani? Di mana silapnya?

Ita.

Anonymous said...

Salam Ita

Silap isteri? Silap suami? Silap pihak ke 3?

Setiap kes ada 'kesilapan' tersendiri dan berbeza mengikut keadaan.

Kenapa banyak berlaku sekarang? Susah nak jawab Ita...selagi manusia bernama manusia, selagi itulah ia akan diuji sejauh mana keimanan, ketakwaan dan kebergantungannya pada Allah...

Betul tak Ita?

Ani

Anonymous said...

Ani,
Akak rasa ani tak perlu jadi peguam balik. Susahlah nanti kawan2nak mengadu masalah..takut dapat bil dari pejabat peguam pulak..hehe.
Apapun ani, kita memang bersimpati dan harap terus mendoakan yang terbaik untuk kawan2 kita.
Percaya kepada apa yang Allah dah tentukan untuk kita, pasti kita faham dan redha atas segalanya.
Kalau suami sibuk mencari cinta yang baru di dunia yang sementara ini,apalah daya kita. Marilah kita terus mencari cinta abadi yang hakiki untuk bekalan di sana nanti. InsyaAllah.

Kak Tini

Anonymous said...

Salam Kak Tini

Ani bagi akak 50% diskaun..harga runtuh buat sahabat lama.

Kak, nanti mesej alamat rumah ye...

Betul kak, cinta dunia cinta yang sementara cuma, cinta akhirat cinta yang abadi...

Ani