Saturday, February 19, 2011

Edisi Lewat

Ini edisi lewat, trauma banjir melewatkannya. Saya berdiri di hadapan lautan air teh susu yang garang membidas apa sahaja yang menghalang laluannya. Air juga makhluk Allah, berkerja kerana Allah.



Tempat parkir kereta Klinik Kesihatan Segamat. Ketika mengambil gambar ini, sepasang suami isteri berbangsa India berdiri di sebelah saya. Mereka rupanya kakitangan klinik tersebut. Mereka ingin cuba memasuki kawasan klinik bagi menyelamatkan peralatan dan ubatan.

Medan Selera. Kedai Makan Hajah Nafisah yang menyediakan nasi lemak sambal sotong turut tidak terkecuali.



Air yang melimpah dari tebing Sungai Kapeh. Jalan utama dari Jementah ke Segamat terputus terus.



Berpayung sambil memerhatikan gerakan air.
Ya Allah, sudah dua kali Segamat dilanda banjir besar. Apabila Dikau katakan Jadi! maka Jadilah ia...KekuasaanMu meliputi segala yang di langit dan di bumi. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah dan peliharalah kami daripada musibah yang lebih besar; musibah kehilangan iman dan Islam...



3 comments:

anaMuslimah said...

Maha Besar Allah...sekali dia mendatangkan bencana...tapi sperti kata puan, bncana kehilangan iman adalah lebih dahsyat, tetapi orang sibuk susah hati dengan bencana fizikal macam ni je...Nauzubilllah...

Anonymous said...

Salam Dilah

Happy 21st birthday...semoga kekal muslimah dan mukminah....

Puan Noraini

anaMuslimah said...

laa...puan balas komen rupenye...terima kasih Puan; amin...ade lagu satu doa puan kena tambah; semoga gigih belajar...huhu..
currently staying up doing ur assignment..sbgai denda kpada diri...:-))
Puan, letakla gadget follower kat tepi, senang saya nak follow; boleh tau update selalu...