Friday, January 14, 2011

Gambar

Rupanya ada rakan UiTM yang meminati gambar masakan yang ditempel di sini. Terima kasih...

Atas permintaan, saya tempelkan lagi beberapa 'keping' gambar masakan. Setelah pulang dari Tanah Haram, minat memasak makin menebal. Mungkin setebal lemak yang terbina di badan akibat 'kegilaan' saya menikmati kari kambing Mekah dan Madinah! Ya kawan-kawan, kari kambing di sana sungguh sedap! Sebagai penghargaan kepada suami yang menjaga anak-anak sepanjang kembara rohani saya, beberapa menu istimewa saya sediakan di satu hujung minggu.
Hidangan pembuka selera. Pertama kali saya menyediakan kentang putar buat keluarga. Dimakan bersama coleslaw, sosej bakar, 'baked beans' dan ayam panggang.
Hidangan pencuci mulut. Tiada pinggan bujur bersaiz kecil di dapur saya, maka pisang berangan tidak dapat dipotong memanjang. Jika tidak, tentu ia akan kelihatan seperti 'banana split KFC'...
Inilah 'main dish' kami. Ayam panggang percik. Sambal perciknya digoreng garing terlebih dahulu kemudian ditabur di atas ayam yang dipanggang empuk.

Nasi minyak ringkas. Bawang putih, merah, halia, serai dikisar halus. Tumis dengan miyak sapi. Ditambah susu cair dan air masak. Daun pandan digaul bersama nasi yang hampir masak sebagai penaik bau.

Alhamdulillah...

6 comments:

Anonymous said...

Salam Ani,

hmm...terliur tengok gambar2 tu!! Tapi entah kenapa, sejak kakak tinggal di asrama, rasa suka nak masak, menurun :( .... mungkin sebab dulu kakak yang paling suka makan, jadi bila dia takde, semua orang hilang selera dan saya jadi malas nak masak macam selalu....

Ita

Anonymous said...

Ani,

sesuai dengan minat mendadak nak memasak ni, bolehlah mula meninjau
piring/pinggan bujur utk disesuaikan dgn hidangan :-)

Iskandar said...

Salam Kak.

Takkan tempel je kot.
Bila nak jemput ke rumahnya? ;-)

Iskandar

Anonymous said...

Salam Ita,

sedih baca komen ita...tentu ketiadaan kakak sangat terkesan di hati seorang ibu...itulah antara kelemahan Ani yang menyebabkan Along keluar dari SMKA Segamat...

Puan/Cik Anony,

Resepi istimewa tu datang sekali setahun rasanya...bukan sekali sebulan...jadi pakai je pinggan2 yang sedia ada:)


En Iskandar,

Ada sorang hamba Allah tu kan, dia balik dari luar negara penjajah Malaysia tapi tak dengar kaba langsung tup tup dia dah balik sana balik...entah bila pulak dia nak balik sini, dengar cerita dia nak melancong ke Amsterdam bagai...

Jadi macam mana nak jemput dia datang makan kat rumah kalau dia balik sini pun dia tak bagitau?

Ani

ida_zy said...

salam kak ani

macamana keadaan banjir
semoga kak ani sekeluarga elok-elok sahaja, ameen

Anonymous said...

Salam Ida

Taman yang Kak Ani duduk tu alhamdulillah selamat, setitik air pun tak jejak lantai...tapi kami macam tinggal di pulau, terputus hubungan, sekeliling kami air air air...hanya selepas 2 hari barulah kami boleh lepas keluar melihat the aftermath of flood...Terima kasih atas keprihatinan...

Kak Ani