Monday, February 28, 2011

Mesej Terakhir-26 Februari-TV3-10 malam

Cerekarama ini bunyinya dan kelihatannya menarik. Para pelakonnya ada peminat tersendiri: Rita Rudaini dan Tiz Zaqyah. Sama cantik, sama berpesonaliti.

Saya promosi cerekarama ini kepada emak, peminat setia cerita Melayu. Emak kelihatan teruja mendengar nama Rita Rudaini. Satu kapal agaknya, maksud saya orang utara...Emak lihat jam dinding. Akademi Quran habis siarannya pukul 10 malam. Sedang elok, kata emak. Emak berbaring di sebelah saya.

Rita bangun pagi, dikejut suaminya, Zafrul. Suaminya akan berangkat ke utara, ada projek yang belum selesai. Rita sediakan sarapan. Zafrul puji melambung isterinya. Zafrul tergesa-gesa, makan cuma sesudu mee goreng. Penat Rita masak! Di dalam kereta, Zafrul bermesej sambil tersengih-sengih. Rupanya sedang bermesej dengan si cantik Tiz yang setia menunggu. Kemalangan berlaku. Zafrul meninggal dunia. Tiz menunggu bagai nak rak. Rita menderita. Seminggu, dua minggu...Rita sangat rindukan Zafrul...hinggalah Rita membaca mesej di dalam handphone Zafrul...ada mesej berbau cinta, rindu, sayang seorang pesaing. Hilang rasa sedih, timbul rasa dendam, benci, sakit hati di hati Rita terhadap Zafrul. Sampai hati Zafrul menduakan Rita. Walaupun Zafrul sudah tiada di dunia ini namun kebencian Rita tidak bertepi. Anaknya diabaikan! Kasihan anak mereka, menuntut perhatian ibunya yang sedang menderita jiwa raga. Tiz setia menunggu tanpa mengetahui kematian Zafrul. Dudanya, Fizz Fairuz kembali menagih cinta Tiz. Fizz telah berubah. Ingin kembali kepada Tiz. Tapi hati Tiz telah tertutup. Hatinya hanya pada Zafrul...Kasihan. Buat beberapa ketika, Rita membiarkan mesej-mesej rindu Tiz pada Zafrul. Akhirnya, atas nasihat Amyza Adnan, Rita nekad menemui Tiz. Diaturkan satu temu janji di tempat biasa pertemuan Tiz dan Zafrul. Mereka bertemu empat mata. Kematian Zafrul dimaklumkan. Tiz keluar dari restoran. Fizz menghulurkan topi keledar kepada Tiz. Tiz terima......

Begitulah sinopsis saya tentang cerekarama ini.

Saya beri 2 daripada 5 bintang. 1 untuk barisan pelakon. 1 lagi untuk temanya.

3 lagi? Tolak 1 untuk jalan cerita yang agak perlahan dan berulang-ulang. Contohnya babak Tiz berbual dengan emaknya, Maimunah tentang hubungan Tiz dan Zafrul. Babak ini berulang 2 ke 3 kali. Mungkin 4.

Tolak 1 untuk penghayatan yang tidak mendalam dan tidak menyengat. Kesedihan Rita dan penyeksaan penantian Tiz tidak begitu menjadi. Ceh..ceh..ceh..komen yang agak melampau!

Tolak 1 lagi untuk hambarnya pertemuan 4 mata Rita dan Tiz di hujung cerita. Lansung tiada unsur suspen! Saya fikir tentu itu klimaksnya. Tetapi jangkaan saya meleset. Kalau saya jadi pengarah, saya akan meminta Tiz berjalan masuk ke dalam restoran, mencari-cari Zafrul seperti orang gila. Tetapi hampa, kelibat Zafrul tidak kelihatan. Tiz kecewa, berjalan keluar. Semasa sedang menuju keluar dari restoran, mata Tiz bertembung dengan mata Rita yang kemerahan dengan air mata bergenang...Tiz berhenti di hadapan Rita. Hati masing-masing berbicara. Tanpa ada suara, Tiz duduk di hadapan Rita yang memegang gambar Tiz. Dan Tiz tahu, wanita itu ialah isteri Zafrul...

Saya fikir saya boleh mengarah drama tersebut. Pasti menang Anugerah...sudahlah mak cik, tanda kertas ujian lagi banyak faedahnya....

Sebelum saya menanda kertas ujian, saya ingin merakamkan di sini dialog adik lelaki saya, Haji Firdaus semasa kami sedang menonton cerekarama ini.

"Apalah pompuan ni, suami dah mati pun, nak benci-benci. Leceh betul pompuan ni..."

Itulah ayat tipikal mana-mana lelaki yang ada 1 nafsu 9 akal.

Kita yang ada 9 emosi dan 1 akal, pasti akan terkenang-kenang dan terfikir-fikir, kalaulah cerita ini berlaku kepadaku, bagaimanakah keadaanku waktu itu.....

8 comments:

iLa Fadilah said...

saya na tengok cerita ni lah...

AnDeH said...

perasaan yg same pd expectation sy tatkala pertemuan 4 mate rita vs tiz..sepatutny babak klimak perlukan sesuatu yg agak tragis unt crt ni and d warnai dgn scene mungkin gerak perlahan dan tema latar muzik yg bersesuaian unt menggambarkn emosi msg2...tp tetibe ala2 antiklimaks hehe...da bezaman memendam rase, gitue aje luahny..may kerja last minute agakny drama ni wallahu a'lam hehe

(juge peminat cerita/drama/filem/ sinetron melayu..mgkin sbb lebih mudah fhm tnp membace subtitle :b)

ida_zy said...

salam kak ani...

wah jadi second director pulak ye hehe.. saya tak tengok cerekarama tu tapi saya nak komen kata2 adik kak ani tu

ada seorang kawan perempuan saya kekasih dia pernah berzina (saya tak suka guna perkataan terlanjur) dengan kekasih lama.. bila kawan saya dapat tau telah menyebabkan perpisahan mereka..

respon kawan2 lelaki kawan saya tu semua tidak bersetuju dengan tindakan kawan saya.. mereka cakap.. yang lepas tu lepas lah.. huhu beza cara berfikir lelaki dan perempuan memang satu misteri.. subhanallah

Anonymous said...

Sala Kecik

Silalah tengok...how are u, dear? Miss u Kecik...

Salam Jo,

Lama tak dengar berita Jo..cikgu Jo..saya rindu pelajar2 saya...semoga berjaya dalam hidup dunia akhirat..Lepas ni kalau Jo nak terbit drama, panggillah saya jadi pengarah, pasti jalan ceritanya penuh tragis dan meninggalkan kesan yang mendalam di hati penonton....poyo je bunyinya....

Salam Ida,

Lelaki dan perempuan dari dua planet yang berbeza...Lelaki melihat dari perspektif yang luas...perempuan melihat dari semua sudut termasuklah yang tersirat...

Noraini Ismail

Anonymous said...

Ani,

terpegun akak membaca ulasan & skrip tambahbaik yang awak cadangkan jika awak jadi direktornya. Tak sangka pulak sampai boleh buat skrip lain.
Mana satu nak jadi ni, loyar ke atau puan direktor? ;}

Zanariah said...

Mungkinkah tertulis skrip dan tersiar cerita begini, menunjukkan realiti kehidupan sekarang?

Salam kak ani... lama tak jumpa kan..

Anonymous said...

Salam Zana

Its facts of life, kak ani pernah diberi mug oleh student yang tertulis when sleeping women wake, mountain moves, Rita dalam cerita ni bolehlah diibaratkan sebagai sleeping women, who felt so comfortable with her faithful husband but later discovered to be not so faithful...

Zana, memang dah lama kita tak jumpa, sebelum sasai bersalin, kak ani ajak dia melawat zana kat rumah baru zana tapi rupanya dia dah pegi melawat dulu...nantilah bila kelapangan sampai juga kak ani kat rumah baru zana

Kak ani

Anonymous said...

Salam Kak Tini..

Dulu2, berpuluh tahun sudah, ani dapat A1 untuk Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu...bakat menulis skrip drama Melayu tu ada tapi kurang minat..tapi untuk pengetahuan akak, ani memang loyar buruk...

Ani