Apabila Syarifah Khasif mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran di Masjid As-Syakirin UiTM Johor malam semalam, suasana terasa sungguh damai, tenang...Sukar digambarkan melalui kata-kata.
Lenggok alunan ayat-ayat suci tersebut sungguh menyentuh hati. Saya pasti semua yang hadir tentu 'hilang' dalam 'asyik'nya mendengar bacaan oleh Juara Qariah Tilawah Al-Quran, peringkat Antarabangsa yang ke 51 tahun lalu. Lebih bagus lagi kalau kita memahami maknanya. Andai sahaja memahami, pasti air mata akan mengalir dek kesedihan atau kegembiraan. Sedih takkala Allah memberi gambaran murkaNya kepada makhluk bernama manusia yang tahu hukum tetapi mendengar bisikan syaitan yang melalaikan. Gembira pula apabila mendengar janji-janji Allah kepada hambaNya yang berusaha bertakwa sepanjang detik dan ketika. Kita pasti tersenyum kepuasan apabila memahami surah-surah yang menjanjikan balasan Syurga yang begitu banyak digambarkan Allah. Kita berusaha untuk kekal konsisten menjadi kita yang lebih baik.
Lalu membaca surah-surah dengan bertaranum menjadikan kita manusia yang cinta Al-Quran. Itu yang dapat dilihat malam semalam. Warga pelajar UiTM Johor cintakan bacaan Al-Quran secara bertaranum. Namun, apa yang lebih penting, pengetahuan tentang tajwid perlu dipelajari terlebih dahulu.
Indah sungguh Al-Quran.
2 comments:
Salam Puan,
Syukur alhamdullilah Saya merasa terlalau gembira kerana dapat mendengar bacaan yang begitu merdu . Begitulah tingginya mukjizat al quraan bila di perdengarkan oleh orang yang mahir bertaranum. Ia lebih hebat dari penyanyi yang ada di dunia ini. Kombinasi nafas, suara,makhraj huruf, lagu, tajwid dan loghatul Arabiah. Ini membuatkan saya terkenang muazzin dan imam Masjidil Haram yang dapat saya temui semasa menunaikan haji sehingga mengalir air mata kegembiraan. Wassalam
Salam Puan,
Wow, Sharifah Khasif tu selalu keluar kt Astro OASIS kan Puan. hehe, hebat dan terpegun bila tengok kat tv, dia baca al-Quran. Rugi kitorg takde dekat uitm segamat.
Post a Comment