Friday, March 19, 2010

Hadiah

Sehelai tudung hijau diterima daripada seseorang yang suka memberi. Bukan setakat pemberian material, namun ilmu yang dimiliki turut dikongsi. Saya kagum dengan insan mulia ini. Saya doakan beliau dirahmati kehidupannya bersama keluarga tercinta hingga ke syurga.

Beliau berkreatif dalam berbicara. Serampang dua mata. Biar syariat terpelihara. Simpulan keluarga terjaga.

Kita pandai berbicara kepada orang luar tetapi dalam lingkungan keluarga sendiri, lidah kelu tidak terucap. Takut dilabel 'terlebih-lebih'.

Minggu sudah, ketika makan sekeluarga, saya bercerita dengan adik-adik tentang rahmat Allah. Bertuahnya kita andai Allah memberi rahmat kepada kita selamanya. Tahap iman yang ada bergantung pada masa dan keadaan. Firdaus, the only son in the family menambah betapa bertuahnya juga Si Pemberi Hadiah Tudung Hijau tadi kerana rahmat Allah datang kepadanya dalam keadaan dirinya sekarang. Firdaus lelaki yang sedang meningkat usia. Tercari-cari bakal suri. Pilihan hati sebelum ini cantik menawan. namun entah mengapa, hubungan tidak kekal lama. Emak risau dengan hubungan Daus. Saya mengerti kerisauan emak. Lantas dia berkata kepada emak, 'doakan adik, insyaAllah doa emak didengar dan dirahmati Allah'.

Ringkas bunyinya. Doa emak termakbul dan mungkin dirahmatiNya.

Hadiah hebat dari Allah.

1 comment:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

Puan apa khabar? semoga Puan sihat bersama-sama keluarga tercinta...

Bila berbicara berkaitan iman dan doa..makanya saya cukup risau kerana ada kalanya iman dalam keadaan tidak menentu, selalu bertanya dalam diri, mcm mana iman ku hari ini?..tapi sebagai manusia dan hamba Allah, doa mesti sentiasa bermain2 di bibir..supaya iman sentiasa terletak di landasan yg betul..

Dan doa ibu sangat mujarab...setiap apa yg ibu inginkan utk anaknya dengan izin Allah pasti berhasil..ibu saya tak pernah lekang di bibir supaya anaknya ini menjadi pendidik..rupanya itulah doa ibu sejak dulu lagi..alhamdulillah...akhirnya kedua-dua anaknya menjadi pendidik..

Itulah kuasa dan kehebatan Allah dan berkat doa ibu..:)

p/s Puan...alhamdulillah selasa baru-baru ini, Hari Konvokesyen saya, menerima Ijazah Pendidikan Perakaunan, doakan saya cepat2 dapat posting ya, Puan..supaya saya dapat mendidik anak bangsa :)
Terima kasih kerana puan pernah mengejar saya..jasamu tetap dikenang hingga akhir hayat..:)