Thursday, October 8, 2009

Lain PADANG, lain belalang...

Tapi Malaysia dan Indonesia hakikatnya negara-negara Kepulauan Melayu yang bertiangkan agama, berlangitkan adat dan berdindingkan budaya. Kita berbahasa Melayu walau dialeknya berbeza.

Mengapa ada di kalangan rakyat yang mesti bermusuh-musuhan sedangkan kita saling memberi dan menerima. Kita menerima tenaga kerja mereka dalam pelbagai bidang. Kekayaan Malaysia dikongsi bersama sama kerana kita yakin ini bumi Allah: siapa berusaha, dia merasa. Kalau merasa tanpa usaha, itu rezeki pemberian Allah yang Maha Pemurah.

Di Padang, kehadiran bantuan kita ditolak segelintir kecil mereka. Khabarnya sudah ada bala tentera yang bersedia memerangi kita dengan buluh runcing tajam. Menurut Arif, rakan Indonesia sesarjana yang sudahpun kini berkerja di salah satu Kementerian di sana, banyak isu kecil yang membentuk satu isu besar dan akhirnya diapikan oleh segolongan orang untuk memerangi kita di sini.

Hakikatnya, walau kita berlainan padang, dipisahkan oleh laut China Selatan, kita mempunyai persamaan dalam banyak perkara. Agama, adat, budaya, bahasa, makanan, pakaian: itu semua sudah menunjukkan betapa kita adalah serumpun. Tentang lagu-lagu atau tarian rakyat, ia boleh diselesaikan secara akademik. Saya sendiri pernah menulis tentang traditional cultural expressions: apakah cara-caranya untuk mengelak perselisihan antara dua negara ini. Saya harus meneliti kembali tulisan tersebut dan kalau diluluskan, bentang di seminar di Indonesia. Namun harus bersedia dengan soalan-soalan hangat atau hangit.

Tentang penderaan ke atas pembantu rumah, bukanlah ingin bersikap bias, namun, sungguh jarang majikan beragama Islam dilaporkan mendera pembantunya.

Mengenai Ambalat, isu perairan dua negara, perlu diselesaikan melalui rundingan dan bukan media.

Manohara pula, ampun Tuanku, hamba tidak pandai berbicara, kerana ini hal rumahtangga, ia rumit lagi rahasia.

Di atas segala persamaan itu, yang paling utama, kita harus kembali mengingati bahawa Allah memerintahkan kita berpaut kepada satu tali iaitu Al-Quran dan selagi kita bernama Islam, kita adalah sahabat. Sahabat tidak akan terputus selagi tidak mempersekutukan Allah dalam setiap tindakan.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Ani,

saya suka baca tulisan Ani yang berkaitan isu2 negara...banyak maklumat dan saya mudah faham :).

Umijah.

arifrusli said...

Salam Puan, tragedi Padang disimpulkan oleh Ulama' disana sebagai satu kesedaran memandangkan di sana masih ramai yang melakukan berbuatan syirik.

Kemudian, hendak dibantu, jual mahal pula. He he he.

amirul_rafiq said...

salam puan...

saya suka tulisan puan yg penuh berkias tetapi sgt bermakna...walaupun bersahaja... saya nak belajar mcm tu... dan disebabkan banyak cakap. saya tak sempat nak belajar semua tu dari puan... dan mungkin dari penulis2 lain =( lepas ni nak cuba kurangkan bercakap... semakin hari semakin terlihat kejahilan diri...

kalaulah....


dan isu padang ni pula mmg betul2 mengejutkan... walaupun kita dilempar batu, buah yg kita balas mereka masih nak "ganyang" kita.. ingat pesan Baginda Rasullullah ttg kepentingan jaga hati jiran...

aniisma said...

Salam

Umijah,terima kasih...

Arif, mungkin juga...

Amirul, bahasa kias2 ni bahasa orang lama...generasi muda macam Amirul lebih suka yang straight forward...

amira falisa said...

'Tentang penderaan ke atas pembantu rumah, bukanlah ingin bersikap bias, namun, sungguh jarang majikan beragama Islam dilaporkan mendera pembantunya.'

bende ni saya dah lama perasan. Bila baca je kes dera pembantu rumah, ada yg sampai mati, boleh agak dah sape yg buat. Cuma bosan, kekadang that particular group of people suka kutuk org melayu.

Saya naik lrt hari2 ke kerja, selalu deal dgn group yg annoying nie..Ikut hati mcm nak lempang je depa kekadang...
Yg kelakar, ada jugak org melayu yg kata kaum dia busybody dpn org bkn melayu psl sorang tanya dia pasal gaji dia..nak tergelak baca..kalau saya, saya cakap terus terang dgn individu yg bertanya tu. Mcmlah semua org nak tau psl gaji depa. X perlu kata kaum ini sekian2..bla bla bla..

Akak boleh delete yer, kalau luahan perasan saya x relevant langsung..he he he..