Memang Allah Maha Pemberi rezeki, cuma cara pemberianNya berbeza: ada yang diberi segera, ada yang diberi cabaran dahulu baru nampak rezekiNya. Jika direnung-renung, rezeki pemberianNya untuk saya banyak yang kategori ke dua. Maksudnya, saya kena berusaha dahulu dan kemudian dapat hasilnya. Dan semasa proses berusaha tersebut, walau menuntut tenaga, masa dan wang ringgit, banyak kebaikan yang saya perolehi dan syukuri.
Awal 2009, Derwina (DD), pensyarah Bahasa Inggeris, menghantar emel menawarkan peluang untuk semua pensyarah menjadi pengajar Bahasa Inggeris secara sukarela di SK Tebing Tinggi, Segamat. Merasakan saya perlu memberi khidmat kepada masyarakat kerana ilmu yang telah diberikan olehNya, saya pula menawarkan diri untuk turut serta dalam projek DD. Projek itu berlangsung selama 9 bulan. Awal Oktober, DD menyuarakan hasratnya untuk menyertai IID, satu pertandingan innovasi dan penyelidikan. Poster dan segala kelengkapan pertandingan disediakan secara berjemaah. Hasilnya, projek kami mendapat medal EMAS.
Sekitar Ogos 2009, PM Dr Ahmad (Penyelaras Kampus UiTM JB) menghubungi saya dari JB. Menawarkan saya sebagai penyelidik untuk projek Permodalan Baitulmal Kebangsaan. Jawapan saya ialah "Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan". Saya perlu merebut peluang berkerjasama dengan seorang ilmuan yang lebih banyak pengalamanya. Maka, puluhan emel singgah menyinggah antara saya dan penyelidik lain dalam kumpulan itu. Kertas kerja diteliti dan pendapat diberi. Dalam bulan puasa, kami ke Putrajaya, bermesyuarat dengan Pengarah JAWHAR. Hasilnya positif. Dan Dr Ahmad juga menyertai pertandingan IID tersebut. Dapat juga medal EMAS.
Akhir tahun 2008, saya dan ahli kumpulan Kategori 1 AKNC, Kepimpinan Kampus ditugaskan untuk mencari bahan bagi membuktikan betapa Pengarah kami telah memperkenalkan konsep kepimpinannya "Pembangunan Insan" yang berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah, dikukuhkan dengan solat berjemaah dan konsep tersebut akhirnya memberi impak positif buat sebahagian besar warga UiTMJ. Sepanjang 2009 sehingga ke bulan Ogos, kami berjaya mengumpulkan maklumat dan membuat laporan. Khamis lepas, Panel Penilai AKNC dari UiTM Shah Alam, semasa membuat ulasan penutup, telah berkata "Saya melihat kepimpinan kampus yang berteraskan kepada pembangunan insan adalah sangat bagus dan wajar dicontohi kampus lain". Ayat tersebut sudah cukup melegakan saya selaku Ketua Penulis (menggantikan Ustazah Che Zuina) dan berdoa ia adalah satu petanda positif.
Sudah lebih kurang 3 tahun saya menjadi Penasihat Kelab Inspirasi. Sudah banyak projek dan aktiviti kami jalankan. Sudah berkali-kali hujung minggu terpaksa dikorbankan untuk Kelab. Banyak kali juga terpaksa hadir kembali ke UiTMJ selepas Isyak, untuk bermesyuarat dengan AJK Kelab. Beberapa kali juga semua anak diangkut sekali dan diarahkan senyap semasa mama sedang mesyuarat. Namun, saya ikhlas. InsyaAllah. Malam Jumaat baru-baru ini, Kelab Inspirasi telah terpilih menjuarai kategori Anugerah Khidmat Masyarakat/Sosial di Malam Anugerah Persatuan/Kelab UiTMJ. Dapat sijil, pen dan baucer wang bernilai RM300.
Empat rezeki tersebut diperolehi melalui cabaran dan usaha. Kalau kita ikhlas, walau tidak diberi rezeki itu pada masa yang singkat, namun lambat laun, Allah akan membalasnya. Just a matter of time. Saya menulis ini semua juga bukan untuk memberi gambaran betapa rajinnya saya tetapi sekadar memberitahu rezeki Allah itu sentiasa ada, namun cara pemberianNya berbeza dan bergantung pula pada kesediaan kita untuk berusaha dan seterusnya bertawakal kembali kepadaNya. La haulawala quwatailla billahil'alil'azim.
Maka, nikmat berganda tersebut tidak dapat lagi dinafikan...Alhamdulillah!
9 comments:
Salam Puan Noraini,
Alhamdulillah dan tahniah atas rezeki yang Allah kurniakan. Lebih-lebih lagi keikhlasan Puan juga sebenarnya kurniaan Allah yang perlu disyukuri. Tahniah, tahniah.
salam kak ani
man jadda wajada :)
p/s: jadi ke datang dungun? lama tak jumpa kak ani
Salam Puan,
Tahniah atas kejayaan Puan :)
Masa saya part 2, PM Dr Ahmad selalu beritahu kami yang sekiranya wang zakat dikutip dengan lebih efisyen, umat Islam di Malaysia bakal mempunyai simpanan wang zakat yang begitu besar dan dapat dinikmati dgn lebih efektif terutama golongan fakir.
Salam
En Halim, terima kasih. Saya cuba mengikhlaskan diri semaksimum mungkin.
Ida, tak jadi di Dungun. Bengkel tu dibuat di Kuala Terengganu. Jom dating kat KT!
Arif, terima kasih, itulah tujuan utama Dr Ahmad dalam penyelidikan kami nanti. Tentang buku sendiri, saya sedang giat memotivasikan diri ke arah itu..doakan!
assalamualaikum..
Apa khabar puan?..lamat saya tak ke mari..:)
alhamdulillah..tahniah puan...insyaAllah jika ikhlas itu ada dlm diri, maka insyaAllah rezeki sentiasa bersama kita..:)...
doakan saya juga sentiasa ikhlas dlm mendidik anak bangsa...:)
Salam.
Tahniah dan syukur alhamduliLLAH... semoga kita sentiasa berada dalam hidayah untuk sentiasa mensyukuri nikmatNYA, amiin...
tahniahb puan! tahniah KELAB INSPIRASI...
ehm... dh hampir 1 sem saya ketuai legasi Kelab Inspirasi UiTM KB, semacam tak nampak pengliBatan Kelab dalam aktiviti kampus... baru tau betapa susahnya jadi ketua... susahnya nak mjd perancang yg boleh diikuti =(
SAYA HARAP SAYA TAK HAMPAKAN PENASIHAT KELAB! ='(
Salam Puan,
Puan dr dulu lagi mcm nie.Bangga sy pernah jadi anak buah Pn masa di IPB. Semoga Puan terus sukses dalam hidup.
Salam Puan,
Puan dr dulu lagi mcm nie.Bangga sy pernah jadi anak buah Pn masa di IPB. Semoga Puan terus sukses dalam hidup.
Post a Comment