Saya menerima satu berita yang mengecewakan:(
Dahulu, andai terkecewa, saya akan cepat membuat keputusan lari dari situasi yang menegecewakan itu. Dan selalunya, keputusan tersebut berbaloi, setidak-tidaknya pada diri dan perkembangan kerjaya saya. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden sebuah Kelab, akibat terlebih cakap, perkhidmatan saya terjejas. Saya simpan kecewa dalam hati dan merancang lari dari situasi itu. Saya berjaya melarikan diri.
Hari ini, apabila sesuatu mengecewakan harapan dan impian saya, saya masih boleh berfikir dan berfikir dan terus berfikir. Walau jauh di sudut hati, saya nyata kecewa, sedih dan terasa. Saya lebih profesional walau hati tidak begitu senang dan tenang.
Namun, magiknya, dalam keadaan itu saya cuba juga mencari jalan keluar mudah untuk mengatasi kekecewaan itu. Dan saya menjustifikasikan tindakan saya dengan beberapa keadaan lain yang berlegar di sekeliling kehidupan saya.
Itulah saya, seorang manusia lemah yang apabila dikecewakan, akan lari dari kekecewaan tersebut, membina sesuatu yang baru dan mempunyai alasan kukuh untuk melakukannya. Orang lain tiada kena mengena dalam keputusan saya.
Kecewa dan justifikasi atas tindakan lanjut yang lahir dari sebuah kekecewaan...patutkah?
Hanya Allah yang tahu!
3 comments:
puan, sy selalu lari dr kecewa~
kunjungan ani pd lebaran ke2 mengingatkan pd usia kenangan di uia, tqvm....
takziah atas pemergian 2 insan yg dikasihi....
Berat ni nampaknya kekecewaan yg puan alami ni..
insan sehebat puan pasti boleh tempuhinya...
(p/s: teruja juga nak tau...ehehehe)
Post a Comment