...dan saya merasakan betapa pantas masa berlari meninggalkan 20 Ramadan...10 Ramadan terakhir, inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh hamba-hamba yang berdosa, yang telah bertaubat dan berazam akan terus meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan dilarang. Juga memohon rahmat dan kasih sayangNya kerana hidup ini hanya untuk DIA dan kepadaNya kita akan kembali...
Penghujung Ramadan
Tunggulah aku
Jangan tinggalkan aku
Dalam keadaan ini
Yang masih tercari-cari
Kenikmatan bermunajat di malam hari
Penghujung Ramadan
Biarkan ku berwuduk
Sepanjang masa
Akan ku peluk
Al Quran rapat ke dada
Penghujung Ramadan
Terasa baharu sahaja kau menyapa
Kini detik perpisahan menghampiri tiba
Kau beredar mengikut aturan yang Esa
Malam yang bening terasa hiba
Terkenang dosa akibat alpa
Apa akan diampuni Dia?
PadaNya ku serah segala
Titisan air mata
Keluhan penuh rahsia
Gambaran jiwa harap kasihMu
Pautan hati pinta cintaMu
Penghujung Ramadan
Kupasti merinduimu
Bila lagi akan ketemu
Biar panjang usiaku
Agar dapat kuhirup manismu
Buat bekalan akhir hayatku
Penghujung Ramadan
Tunggulah aku...
1 comment:
Saya gemar baris-baris sajak Kak Ani. Ramadhan sudah hampir berlabuh. Semoga kita akan ketemu lagi paga 1431H. Insha allah, semoga dipanjangkan umur kita semua dan diberikan kesempatan lagi.
Salam Eidulfitri. Maaf Zahir Batin.
Post a Comment