Wednesday, July 2, 2008

Janji Allah bagi Orang yang Berilmu (Al-Mujadalah:11)

1 dan 2 Julai baru-baru ini, kami berlima dari UiTM Johor melaksanakan misi penting di UiTM Malaysia yang berada di USA (Utara Shah Alam). Mesyuarat dua hari menemukan kami dengan rakan-rakan sealiran dari seluruh cawangan seMalaysia.

Azilah dari Sabah, Farhah dari Terengganu, Kak Che Asiah dan Zeti dari Perlis adalah antara rakan baik yang memeriahkan perjumpaan yang jarang-jarang berlaku. Banyak cerita yang kami kongsi bersama. Sambil minda dan tangan sibuk menjalankan tugas, mulut tidak terkecuali. Itulah perempuan. Kalau berbual, dari sekecil-kecil perkara (berapa orang dah anak u? ) sehinggalah sebesar dunia ( I rasa harga minyak akan naik lagi!) (sekadar menyebut beberapa contoh), kami akan leka dalam dunia perbualan, namun, misi penting tersebut, berkat kerja sepasukan, dapat dilaksanakan tepat pada masanya.

Ada beberapa isu yang menjadi bahan ketawa kami, menarik untuk saya simpan di diari siber ini.

Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan nada sinis, bangun bertanya pensyarahnya pada hari pertama perjumpaan mereka di kelas.

“Madam, why must we, accountancy students take law papers? Would you dare to try one of our papers?”

Kalau saya diaju soalan yang sama, saya akan tergelak dahulu.

Ini sebab-sebab yang akan saya beri:

1.Ia adalah arahan Fakulti, saya sebagai ‘special agent’ Fakulti hanya menjalankan tugas yang diarahkan ‘principal’ saya.

2.Fakulti saya pula mendapat arahan dari Fakulti Perakaunan supaya para pelajarnya diajar matapelajaran ini.

3.Fakulti Perakaunan pula mendapat arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

4.Kementerian pula inginkan graduan UiTM mendapat silibus yang sama/setara seperti yang digunapakai di mana-mana Universiti lain. Agar lebih competitive.

Sebab-sebab di atas berbunyi rasional dan profesional.

Sebab-sebab di bawah pula mengimbas sejarah dan berbunyi lebih islamik. Islam is the best way of life, right?

1.Ayat pertama Al-Quran (mengikut pendapat yang paling sahih) yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah ‘Iqra’!’ bermaksud bacalah. Ia adalah satu arahan. Arahan adalah sebahagian dari undang-undang.

2. Terlalu banyak ayatul quran berupa larangan dan arahan. Kedua-duanya adalah undang-undang Allah.

3.Nabi Adam juga di larang mendekati sepohon tanaman di dalam Syurga. Atas bisikan iblis, larangan tersebut dilanggar dan hukuman dilaksanakan. Semuanya ada kaitan dengan undang-undang.

4.Dalam peperangan Uhud, beberapa arahan Nabi Muhammad s.a.w diengkari sahabat. Akibatnya, ramai mujahid terkorban. Arahan sinonim dengan undang-undang.

Sesiapa pun yang ingin mendapat balasan baik di dunia akhirat, perlulah patuh kepada ajaran, arahan dan larangan yang termaktub di dalam Al-Quran. Kita perlu mengikut undang-undang Islam agar kehidupan lebih teratur dan sentiasa berada di landasan yang lurus. Insyallah.

Boleh terima sebab-sebab di atas? Dan akhirnya, saya akan ceritakan tentang kehidupan seharian kita yang tidak dapat lari dari undang-undang. Ia diamalkan oleh hampir semua bangsa, tidak kira agama.

Bangun sahaja dari tidur, antara peraturan pertama ialah mandi. Jika tidak, badan kita tidak segar. Sebelum tidur malam sebelumnya, kita kunci jam loceng atau ‘set alarm handphone’. Jika terlupa, mungkin tersasar kesiangan. Kita perlu sarapan, jika tidak kita akan kekurangan tenaga. Kita perlu tepati masa. Jika lewat, tahan sahajalah dengan jelingan pensyarah. Kita perlu belajar, jika malas kurang cantiklah CGPA kita. Kita perlu ‘grad on time’. Jika dilanjutkan,PTPTN tidak bermurah hati melanjutkan pinjaman.

Semuanya berkaitan dengan peraturan kehidupan bukan?

Begitu jugalah dengan matapelajaran undang-undang bagi pelajar bukan undang-undang. Apa yang diajar amat bekaitan dengan masa depan pekerjaan kalian.

Bagi pelajar yang bertanya tadi, Allah telah berjanji untuk menaikkan darjat orang-orang yang berilmu pengetahuan.

“If I were you, I will grab this golden opportunity to learn many new things as I am still young and have enough energy to explore interesting zone, guided by proper persons and inspired by beautiful promise, written in the Al-Quran.”



2 comments:

Anonymous said...

Salam Pn ani, hari ni saya baru berpeluang untuk mengintai blog pn. Saya kagum dengan cara penyampaian puan ringkas bersahaja tetapi penuh dengan mesej. Mungkin skill menulis yang ada ini dapat digunakan untuk menghasilkan artikel akademik yang bermutu.

Anonymous said...

Salam Anonymous

Segan pulak membaca pujian cik/encik...Namun, bila dah ada pujian ni,tambah bersemangat untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang lebih bermutu dan ada kebaikannya untuk masyarakat di luar. Bukan cantik on paper aje tapi perlu boleh dilaksanakan demi manafaat semua. Itu yang saya sedang belajar sekarang.Terima kasih cik/Encik..

Noraini Ismail