Friday, July 25, 2008

Wanita dan kelebihan diri anugerah Ilahi

Malam semalam, semasa memandu ke UiTM Johor bagi meraikan ahli baru Kelab Inspirasi, saya mendengar Sinar FM. Kebetulan lagu Inul ke udara . Lirik lagu nyanyian Inul itu saya dengar elok-elok

“Dangdut tanpa goyang
Bagai sayur tanpa garam”

Ishh ishh ishh sayur tanpa garam memang tak sedap!

Dangdut tanpa goyang? Macam tengok nasyid agaknya. Tapi ok apa? Terhibur juga hati walau penyanyi nasyid tegak berdiri…sebab yang kita tonton ialah personalitinya, pakaiannya, rupanya. Yang kita dengar ialah suaranya, lirik lagunya…

Saya fikir penonton Inul pasti datang untuk melihat goyangan 360 darjahnya tu. Memang mendebarkan…Inul sampai terpengsan-pengsan sebab sedih bangat konsertnya dibatalkan. Mungkin Inul setuju berkonsert di Malaysia kerana terkenangkan ratusan ribuan rakyat Indonesia yang berada di sini. Demi saudara senegara tercinta mungkin.

Tapi Rhoma Irama tidak perlu bergoyang pun. Ramai juga peminatnya. Lirik dangdutnya menginsafkan.

Inul menggunakan kecantikan tubuh badannya untuk mengaut keuntungan. Suaranya biasa-biasa sahaja. Merdu lagi suara Hetty Koes Endang dan Endang Estaurina. Ramai lagi sebenarnya yang mengambil kesempatan kelebihan diri bagi mendapat hasil pendapatan lumayan dalam sekelip mata. Ada yang positif, banyak yang negatif. Kebetulan pula, mata manusia memang suka yang cantik mulus. Itu adat manusia.

Tapi Inul mungkin lupa atau cuai, kecantikan tubuh badannya yang ditutup dengan cebisan kain yang dipotong dan dijahit mengikut bentuk dan goyang gerudinya yang dipamer secara berlebihan amat bertentangan dengan adat dan budaya Melayu Muslim.

Cuba lihat Siti Nurhaliza. Mengapa pula saya bandingkan Inul dangan Siti? Mereka membawa genre muzik yang berbeza tetapi mereka tetap perempuan, kedua-duanya penyanyi dan cantik. Dan saya belum pernah melihat Siti dengan pakaian yang keterlaluan. (untuk entri kali ini, lupakan isu tudung tak rupa tudungnya itu). Siti juga menari tetapi tariannya sopan (sopan dalam industri ini)

Saya setuju wanita sukakan sesuatu yang cantik dan terkini. Saya tidak terkecuali. Tetapi beringatlah, ada sahaja mata yang akan memandang. Ingatan ini untuk diri saya juga.

Apapun, rujuklah novel Manikam Kalbu karya Faisal Tahrani (boleh juga dibeli secara online melalui laman sawang Nisah Haron). Novel tersebut sarat dengan penerangan mengenai budaya pakaian Melayu Islam. (saya perlu baca lagi..kadang terlupa kadang ingat)

Atau rujuk sahaja lirik lagu Bunga Melur di sebelah kiri blog saya…(ingatan untuk saya lagi)

3 comments:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Puan..
Memang betul, wanita suka akan kecantikan dan terkini..tapi sejak akhir2 ini, gaya remaja...bertudung tapi dalam masa yang sama pakai baju yang menampakkan bentuk badan dan baju yang kecik...itu salah satu juga suka kecantikkan dan terkini..sedih apabila melihatnya..:(

Emm..puan..
Mungkin Inul tu, terlupa bahawa kecantikan yang dimiliki adalah sementara. Teringat kata-kata dalam buku Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni, pengarang buku 'Jangan Bersedih', "Bersyukurlah dengan nikmat dan anugerah dari Yang Maha Mulia dan Pengampun, Penguasa yang Perkasa. Ambillah manfaat dari anugerah yang penuh berkat yang Allah berikan kepada anda. Janganlah anda mengingkari semua anugerah tersebut:
'Mereka mengetahui anugerah Allah, namun mereka mengingkarinya' (Surah An-Nahl:83)..
Semoga menjadi peringatan kepada kita semua..insyaAllah..:)

ROS said...

Assalamualaikum Ani,

Semua orang suka yang cantik, dan itu fitrah semulajadi yang Allah beri kepada manusia. Cantik pula subjektif sifatnya-pada kita mungkin cantik tapi pada orang lain mungkin sebaliknya.

Dalam surah an-Nur:31 dengan jelas Allah menerangkan tentang pakaian yang mesti dipakai oleh wanita muslim, menjaga pandangan dan tidak memakai loceng supaya didengar oleh orang lain.

Payah sangat untuk sekarang ni menjaga pandangan. Kemana pun kita pergi, sana sini kita terpandang aurat orang lain walaupun berpakaian. Pakaian yang ada sekadar menutup kulit - itu yang saya beritahu anak2 setiap kali mereka juga bersungut bila melihat orang berpakaian menjolok mata. Pakaian yang dipakai kecil, singkat dan sempit. Membongkok kedepan nampak belakang, menoleh belakang nampak perut, mengiring ke kiri nampak perut kanan.......bukan sahaja anak2 remaja, ada yang telah menjadi ibu pun masih berpakaian demikian. Yang bertudung juga ramai yang berpakaian sedemikian.

Tepuk dada tanya iman - apa yang Allah dan Rasul-Nya suka itulah yang kita mesti ikut, walaupun mungkin pada ketika itu kita kelihatan janggal dan pelik...
(Ini nak ingatkan diri sendiri juga..)

aniisma said...

Salam Ita dan Huda

Terima kasih kerana menambah peringatan seperti yang tertulis dalam Al-Quran.

Wanita yang sukakan kecantikan dan fesyen terkini selalunya mudah lupa dengan ayat Quran tersebut. Wanita mesti sentiasa diingatkan. Mungkin, dengan mengingati janji Allah tentang pakaian daripada kain sutera bagi penghuni Syurga boleh membantu wanita yang mudah lupa..

Ingatan buat diri sendiri juga....