Thursday, May 1, 2008

Perlembagaan

Sejak sebulan yang sudah, ramai yang bercakap tentang perlembagaan itu, perlembagaan ini.

Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, isu-isu berkaitan Perlembagaan mula kedengaran. Peruntukan had umur Pengerusi SPR juga dipinda selaras dengan perlembagaan. Apabila beberapa negeri beralih kuasa pentadbiran, perlantikan baru harus mengikut perlembagaan negeri. Pindahan jumlah dana yang terkumpul dalam badan-badan tertentu ke badan-badan lain juga mesti patuh dengan kehendak perlembagaan badan tersebut. Penggunaan perkataan Allah oleh majalah tertentu juga, jangan melanggar peruntukan perlembagaan.

Perlembagaan bermaksud undang-undang utama yang dibentuk bagi sesebuah badan. Perlembagaan Persekutuan misalnya adalah undang-undang agung Malaysia. Tiada yang lebih tinggi lagi melebihinya.

Pelajar UiTM tertakluk di bawah satu perlembagaan istimewa, Akta 174. Akta ini bertujuan mengawal selia tatatertib pelajar UiTM agar menjadi graduan cemerlang dunia akhirat. Kebanyakan larangan di dalam Akta ini juga di larang agama Islam. Kepatuhan terhadap Akta ini insyallah menjanjikan kehidupan yang selesa dan diredhai Allah sepanjang pengajian. Pelajar Muslim Melayu UiTM harus bersyukur kerana terpilih menimba ilmu di daerah yang berkat. Supaya lebih diberkati, bersikaplah seperti seorang Melayu sejati. Penuh adab dan sopan.

Musim peperiksaan begini, larangan membawa masuk nota ke dewan/bilik peperiksaan perlu dipatuhi. Jika tertangkap, buruk padahnya.

I will grad on time. Untuk merealisasikannya, bertindaklah seprofesional mungkin mengikut perlembagaan UiTM.

Anas dan kawan-kawan, antara graduan yang grad on time dan patuh kepada Akta 174

8 comments:

payat inc said...

Tapi melalui melalui pembacaan saya, penjajah yang pada ketika itu mengusulkan untuk mereka constitution juga tidak ade constitution. macam mane ye puan?

Okay, tidak dinafikan Akta 174 banyak kebaikannya. Tapi adakah ia sama dengan AUKU dalam menyekat pelajar untuk berfikir dengan lebih matang lg?

aniisma said...

Salam Payat

Uk memang tak ada Perlembagaan dalam satu buku macam Malaysia. Tapi sebenarnya, UK ada banyak Statutes, Court Judgements dan European treaties yang membentuk perlembagaannya. Apa yang baiknya Perlembagaan Malaysia ialah ia di bawah satu buku. Tak bersepah.

Tentang Akta 174, rasa-rasanya di bawah kaedah mana yang menyekat pelajar untuk berfikir dengan lebih matang? Kalau jawapan Payat nanti ialah larangan berpolitik, saya nak tanya lagi, adakah dengan berpolitik semata-mata, mahasiswa/siswi dapat skill berfikir dengan lebih matang?

aniisma said...

Salam Payat

Uk memang tak ada Perlembagaan dalam satu buku macam Malaysia. Tapi sebenarnya, UK ada banyak Statutes, Court Judgements dan European treaties yang membentuk perlembagaannya. Apa yang baiknya Perlembagaan Malaysia ialah ia di bawah satu buku. Tak bersepah.

Tentang Akta 174, rasa-rasanya di bawah kaedah mana yang menyekat pelajar untuk berfikir dengan lebih matang? Kalau jawapan Payat nanti ialah larangan berpolitik, saya nak tanya lagi, adakah dengan berpolitik semata-mata, mahasiswa/siswi dapat skill berfikir dengan lebih matang?

payat inc said...

Erm..gembira juga dapat berbincang macam ni dengan puan...Secara terbuka maksud saya...

Dengan lebih tepat lagi, bukan larangan berpolitik yang menjadi keutamaan. Sememangnya pelajar tidak dilarang berpolitik pada pemerhatian saya. Dan potilik yang tidak dilarang itu ialah yang cenderung kepada ruling party. Mesti puan ingat sebelum pilihanraya yang lepas KJ datang ke Shah Alam sibuk berkempen dengan mahasiswa Kelantan...Itu yang kurang menarik. Seperti berat sebelah...

aniisma said...

Payat

Politik ni bersangkut dengan banyak perkara. Ada politik ekonomi, ada politik sosial, ada politik agama.Hidup kita tidak dapat lari dari berpolitik. Dalam pekerjaan juga ada politiknya. Jika pelajar Shah Alam pandai berpolitik, isu kehadiran KJ dan isu berat sebelah itupun boleh mematangkan fikirannya...Ish, pandai betul saya berpolitik!

payat inc said...

erm...ok good answer...
anyway saya pun hampir kena tangkap haritu mase malam black 14.
peliknye pasal berposing nak amik gambo kat bas fru je
huhu
dah terbayang tido dalam lokap...

aniisma said...

Payat

Janganle tido dalam lokap...dulu, masa di UIA ada tiga kawan saya tido dalam lokap. Memang tak best! Walau belum didapati bersalah, hanya kena tahanan reman, tapi sengsara betul katanya. Buat apala nak bergambar kat bas tu, driver ngan conductornya garang amat!Tangkap je gambar kat bas Cepat ke, Transnasional ke...

payat inc said...

wah...puan ni pandai buat lawak...
takkan la nak amik gambar kata bus cepat

tak thrill la...huhu
almaklumla usia munda, nak thrill je...