Friday, May 2, 2008

Corat coret beras

1. Semalam, beras Jasmine Super Tempatan 10kg berharga RM29.90. Harga sebelum kecoh isu beras ialah RM23-24. Naik RM5! Beras Jati 10 kg, RM27 dari harga dulu, RM21

2. Buletin Utama TV3 hari ini menyiarkan isu beras selama 20 minit. Isu nasional katakan...

3. Seorang pemanggil radio Era mengeluh mahalnya harga beras. Kak Engku cadangkan agar kita makan bubur nasi. Jadi penggunaan beras akan berkurangan.

4. Stok beras di pasaraya di Kedah, negeri jelapang padi, semakin susut. Di Giant Segamat semalam, yang tinggal cuma beras perang dan beras beras yang seangkatan dengannya. Beras biasa-biasa ni cuma tinggal beberapa kampit.

5. Kelantan ialah di antara negeri yang paling banyak penggunaan beras. Khabarnya, orang Kelantan suka makan di luar. Logiklah sebab sarapan orang Kelantan biasanya berasaskan beras. Wanita-wanita Kelantan pula kebanyakannya berniaga. Jadi makan luar le.

6. Thailand akan berbincang dengan negara-negara pengeluar beras Asia untuk mencari formula mengawal harga beras. Elok lah tu.

7. Ada rakan yang bertanya kepada peniaga, harga nasi putih sepinggan. Dia tidak kesah tentang harga lauk dan sayur. Dia nak kaji impak kenaikan harga beras pada harga sepinggan nasi.

8. Menteri KPDN & HEP dengan sopannya menegur para media supaya memahami tentang bidangkuasa kementerian yang ada kaitan dengan harga beras.



Bendang Tok Teh di Sg. Acheh Nibong Tebal. Pengalaman menanam anak padi dengan kuku kambing masih segar dalam ingatan.





Fatihah, itulah bendang Tok Nek. Masa mama kecil dahulu, di situlah tempat mama bermain sambil menolong Tok menanam padi. Bukan setakat menanam, mama juga pernah bersungguh-sungguh menarik plastik kanvas warna biru yang di atasnya penuh anak-anak padi. Memang berat. Tapi seronok punya pasal, benda berat terasa ringan. Kaki penuh lumpur. Langsung tak rasa geli. Di tengah-tengah sawah, ada pulau kecil. Ada sebatang pohon mempelam telur yang memang cukup manis bila masak meranum. Jika nak mencicah pelam muda, tok akan siapkan bekalan sambal cicah: tokyu (kicap) dicampurkan cili burung, belacan dan gula. Tok bawa bekalan nasi dalam mangkuk sia. Lauk yang cukup ringkas: Nasi, sayur lemak kucai dan ikan goreng, tapi terasa cukup enak.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan,

Masih ingat saya Ziatie xIPB thn 98-01...kita jupe masa hidayah kawin diMelaka 2thn lepas....Kalo ingatlah

aniisma said...

Salam Ziate

Sangat2 ingat...kan ziate ex ipb yang sentiasa di hati...Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. Seronok bila dapat bertemu kembali di alam siber. Ziatie keje kat mana sekarang. Semoga keep in touch selalu.

Anonymous said...

Alhamdullilah Pn, sy skrg keje di CIMB USJ9 Branch as an Officer, mgkn berkat ajaran n doa Puan juga. Ramai juga student yg Pn ajar dah berjaya.. Tqvm Pn for all your advise... Insyallah thz coming Thurs (08/05/08) sy akan menunaikan umrah...Pn doakan sy yea....

aniisma said...

Alhamdulillah,

Gembira rasa hati bila anak didik saya di IPB kebanyakannya berjaya dan dah ada kerjaya masing2. Moga menjadi muslim dan muslimah yang berjaya dunia dan akhirat. Cemburunya saya dengan Ziatie...dah nak umrah Khamis ni. Sampaikan salam dan selawat saya buat Nabi Muhammad saw dan doakan saya akan menyusul ke sana bersama keluarga. Semoga Ziatie selamat dalam penerbangan dan selamat mengerjakan umrah dan selamat kembali ke tanah air.

Anonymous said...

ani, rasanya lama-lama kita terpaksa tukar peribahasa 'buek mengabih an boreh' sebab beras makin mahal. Jika tidak dibendung, beras mungkin suatu hari menjadi makanan kelas atasan sahaja. Moga ia tidak menjadi kenyataan.

aniisma said...

Salam Kak Lin,

Sedihnyaaa 1 Jun nanti..waaaa..moga Kak Lin terus sukses...

Entri beras ni ani tulis sebab tekenangkan payahnya tok ani tanam padi dulu-dulu. Bendang Tok sekarang ni masih seperti dulu, keluasannya tak terusik. Kalau kat Kedah, khabarnya, dah beribu hektar bendang ditukar taraf dan dijadikan taman perumahan. Di Parit Buntar, rumah Tok sebelah arwah abah, ada beberapa taman perumahan di tengah bendang. Nampak cantik tapi tidak terfikir betapa kecantikan itu telah mengorbankan bendang, sumber makanan asasi kita.

Jadi kalau nak tukar peribahasa, ia berbunyi seperti ini..kerana rumah, beras termusnah...