Ada hari-hari
ceria, ada detik muram, semuanya mewarnai sebuah kehidupan manusia. Semalam hari yang agak
ceria, walau suami tidak dapat pulang menghabiskan cuti hujung minggu bersama tetapi pengisian waktu bersama-sama empat orang cahayamata tetap men
ceriakan. Pukul 9 pagi, ke SRAB menghadiri ceramah keibubapaan demi kecemerlangan anak. Penceramah yang hebat, Ustaz Mohd Nasri dari Pejabat Agama Segamat. Suka dengan nada dan rentak percakapannya. Menarik! Antara panduan yang bagus ialah membaca Al-Quran disisi anak yang sedang tidur sambil mendoakan kesejahteraan anak dunia akhirat. Slot yang
ceria!

Pukul 5.20 petang, bekas pelajar datang melawat bersama seorang rakan perempuan. Mee goreng dan puding karamel menjadi hidangan. Shariman dan Rohana, kehadiran kalian men
ceriakan petang saya! Terima kasih.
Pukul 8 malam, ke Hotel Pelangi.
Nigh

t of Roses. Namun, pakaian saya tidak menepati warna tema. Jenuh mencari pakaian makan malam warna merah tapi tiada yang berjaya sangkut di hati. Majlis makan malam sederhana tapi
ceria. Lebih
ceria bila Pengarah memberi nombor cabutan bertuahnya kepada saya.
Ceria hati dapat hadiah bertuah seorang Pengarah. Lalu, naik pentas dua kali mengambil hadiah.

Satu, bingkai gambar dan satu lagi bekas kertas nota.
Keceriaan semalam berlanjutan ke hari ini.Pagi lagi, Kak Lin hantar mesej, cerpennya disiarkan Berita Minggu. Kemudian, menyusul masuk mesej Nisah Haron, minta tolong sampaikan salam tahniah pada Kak Lin. Saya tumpang ceria. Namun, semasa terserempak dengan Hanim, ada berita muram. Emaknya baru menjalani pembedahan membuang sebelah payudara akibat barah. Hmmm...begitulah hidup, ceria dan muram mewarnai kehidupan.