Thursday, January 5, 2012

GAGAL

Penat mencuba tetapi terus gagal.

Perlukah terus mencuba? Akan terus gagalkah andai cuba dan cuba lagi?

Pernahkah saudara/i cuba mengusahakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup melakukan apa sahaja namun hasilnya masih terus mengecewakan? Pernahkah terfikir kenapa kegagalan terus menerus terjadi?

Di sebalik semua kegagalan, hati masih berkata teruskan, teruskan, jangan mengalah. Apabila gagal lagi, hati sangat kecewa dan terduduk seketika merenung ke belakang, apa punca diri ini gagal lagi? Hati ditanya, kenapa tiada ketabahan? Kenapa kurang kekuatan? Apakah yang diusahakan itu sebenarnya memang tidak mampu dilakukan? Atau mencuba sekadar untuk mencuba?

Umur bertambah. Dosa juga.

3 comments:

ROS said...

Assalamualaikum Ani, selamat berblog kembali. Kita selalu kata, ada hikmah pada setiap kejadian. Kadang2 hikmahnya kita nampak/rasai tapi tidak kurang juga yang sebaliknya. Bila mcmtu, sabar adalah sebaik2nya. Dan jangan putus asa untuk meminta kp Allah.
Mungkin saya yang tidak diduga seperti itu, bolehlah kata sabar...subhanallah, Allah lah sahaja sebaik2 tempat meminta.

Anonymous said...

Salam buat Ita

Sungguh, Allah sahaja tempat kembali dan tempat meminta. Namun, hati manusia yang rapuh sering dilanda seribu perasaan yang akhirnya akan mengeluh..moga Allah mempermudahkan seribu perasaan itu.

Ani

Unknown said...

:-)