Friday, April 9, 2010

Sheikh Nuruddin Al-Banjari

2,3 kali Ustaz Kamarulzaman mengingatkan kami tentang kehadiran ulama yang terkenal ini ke Surau Hannan.

6.45 petang, dentuman guruh menakutkan. Janjinya, selepas Maghrib Sheikh akan memulakan ta'alim. Anak-anak kata, mama, dah nak hujan ni. Saya balas, tak apa, kita naik kereta bukan jalan kaki. Mesej suami minta izin untuk ke surau.

7.20 malam, kelibat Sheikh kelihatan di dalam surau. Penghadang memisahkan pandangan. Selesai solat dan berqasidah, Sheikh memulakan syarahan. MasyaAllah, memang bernas amat. Ulasannya tentang hadis-hadis pilihan short but very sweet. Beliau pandai mengambil hati dengan menuturkan loghat utara sesekali. Usikan tentang 'hal suami isteri' dengan bahasa yang halus mencuit mereka yang hadir. Jawapan kepada persoalan-persoalan dijawab mesra Melayu.

Selepas Isyak, kami makan berdulang. Lauknya ringkas tapi menyelerakan. Selesai makan, segera saya menuju ke meja yang dipenuhi buku-buku karangan Sheikh. Yang paling mengujakan (malu nak mengaku) apabila Sheikh keluar dari surau lantas saya berserta dua lagi Muslimah meminta jasa baik Sheikh untuk menandatangani buku yang telah dibeli. Terpaksalah saya mengaku yang Sheikh ini 'elok' rupanya. Perawakannya sungguh menyenangkan. Tenang.

Sampai ke rumah, saya terus meneliti penulisan beliau. Himpunan hadis yang membantu umat Nabi Muhammad agar hidup dalam keberkatan Allah...

Terima kasih Sheikh!

1 comment:

ida_zy said...

salam kak ani
apa khabar? lama ye saya tak menyinggah sini
masa buat master di uia dulu, alhamdulillah pernah mengikuti ceramah satu hari dengan sheikh
memang bernas kata2 beliau
ceramah2nya di youtube pun bagus2

p/s masa saya attend ceramah tu takde penghadang, dan ye kak ani saya juga terpaksa mengaku bahawa beliau 'elok' rupa parasnya :)