Saturday, April 10, 2010

Dinner tanpa band

Perlukah setiap dinner anjuran mana-mana Kelab atau Persatuan dimeriahkan dengan kehadiran band?

Anak muda hanya akan rasa puas hati kalau ada band?

Sejauhmana band mempengaruhi jumlah kehadiran ke majlis makan malam?

Apakah hukumnya di sisi undang-undang Islam?

Hilangkah kemeriahan majlis tanpa band?

Adakah band tersebut akan meningkatkan ingatan kita pada Allah?

Adakah diberkati majlis itu nanti?

Hmmmmm....siapa boleh jawab. Benda yang biasa jadi luar biasa bila tiada...

4 comments:

Mohd Halim said...

Salam Puan Noraini,
kita selalu kata anak muda suka hiburan. Padahal orang dewasa pun suka juga. Di kampung-kampung orang berusia 50-60 bernyanyi dan berjoget lambak di kenduri kahwin. Di rumah dan di kereta pun kita suka buka lagu.
Hukum-hakam sebahagian besar dari kita dah tahu. Cuma mungkin proses ingat mengingatkan yang disuruh oleh Allah tidak berapa berjalan. Jadi hasilnya begitu.
WaLlahu a'lam.

zura said...

Masalahnya, di majlis ini selalunya dimulakan dengan bacaan doa yang memohon keberkatan dan alih-alih di hujung majlis diisi dengan acara-acara band atau karaoke. Itu yang kadangkala membuatkan ustaz yang dijemput membaca doa serba salah.

suara said...

Bagi saya hukum muzik amat jelas. Melalaikan, atau haruskah saya katakan ianya haram? Rasanya ustaz-ustaz lebih layak menghuraikan. Berkat atau tidak, bukan hak kita untuk menentukan. Allah lebih tahu.

Saya tak suka bunyi bising bila makan. Biar tenang dan aman. Kalau bisingpun, biarlah oleh suara-suara manusia yang bertukar cerita dan beramah tamah.

Hajat hati... nak mulakan budaya baru. Dah ada yang buat sebenarnya, tapi masih kurang. Kalau adapun, bercampur dengan lagu dan karaoke.

Alunan bacaan Quran (dari audio) mungkin agak drastik. Alunan doa dan zikir tanpa muzik oleh kumpulan nasyid seperti Hijjaz, Rabbani dan Raihan amat mendamaikan. Saya suka...

Kay J said...

saya stuju dngan encik halim. prnah satu hari ni sy ke sbuah kem di KL.. brhampiran km trsbut ade sbuah rstoran trbuka.. sambil2 mkn diorg hidangkan nyanyian2 org lama.. spanjang mlm sampai 12 lbih baru stop. sakit jiwa =)

sy pun tak faham. band tu apa?