Sejauh mana kebijaksanaan saya dan suami dalam mengatur pembelajaran anak sulung saya.
SMKA Segamat bukanlah jauh dari rumah. Namun, kerana ia adalah sekolah berasrama, semua pelajar wajib tinggal di asrama. Tiada sunat atau makruh.
Fadhli memang ada alahan pada cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk. Dia akan semput atau sesak nafas. Kehidupan di asrama pula tidak pula seselesa rumah sendiri. Dia meragam. Dia menelefon saya 5 ke 6 kali sehari. Waktu panggilannya telah dapat diduga. Pukul 5.45 pagi, 6.45 pagi, 5 petang, 6 petang, 10 atau 10.45 malam. Suaranya sayu. Kadang-kadang menangis. Kadang sampai tidak mampu bercakap dek kesedihan.
Kenangan di SMKA SHMS Seremban 20 tahun lepas kembali mengusik hati ini. Apa yang saya lalui dulu sedang dialami anak saya kini. Saya tidak betah tinggal di asrama. Tapi tak bolehlah tulis di sini lebih-lebih sebab nanti dia baca dan kata, ha! mama dulu pun sama jugak, like mother like son what???
Keadaan dirinya yang cepat penat kerana jadual waktu sekolah dan asrama yang padat, dijadikan alasan untuk menelefon mamanya dan dengan nada sayu berkata, mamaaa Along nak balikkkkk...
Saya memilih SMKA kerana beberapa sebab.
- Persekitaran yang tentu lebih islamik, solat lima waktu secara berjemaah, tazkirah dan membaca Al-Quran secara konsisten.
- Ia adalah sekolah bestari.
- Melatih anak berdikari dan berkomunikasi.
- Jadual waktu yang lebih tersusun, ada waktu prep dan bersukan.
Namun nampak gayanya, dia tidak begitu serasi dengan keadaan itu.
Sebagai ibu, saya akui, saya tidak cukup kuat dengan rayuan anak-anak. Saya lemah. Saya inginkan yang terbaik untuk mereka namun bila mereka mula menunjukkan keadaan yang negatif, saya mula berfikir semula apakah tindakan saya itu betul.
Saya dalam dilema, dan ini antara ujian Allah yang agak berat untuk ditanggung hati dan perasaan. Alahai, lemahnya saya...
4 comments:
assalamualaikum ..
Puan...
Bila puan menulis tentang "along"..sama seperti saya semasa bersekolah hanya sebulan di SMKA MAAHAD Muar...saya sempat bersekolah di SMKA MAAHAD Muar hanya sebulan sahaja. Saya tidak serasi tinggal di asrama lagipun waktu itu saya baru tingkatan 1 dan tidak pernah berpisah dengan bonda dan ayahanda...
Kerana terlalu rindukan rumah dan keluarga, saya kerap demam sehingga hampir setiap minggu bonda dan ayahanda datang menjenguk saya dan setiap minggu saya mahu pulang..Waktu tu, saya kuatkan semangat juga melawan perasan mahu bersekolah di sekolah asrama tapi kerinduan dan suasana di rumah makin memanggil-manggil saya...dan titik noktah saya berakhir di sekolah itu apabila saya demam teruk (rindu sangat)..hehhehehe...akhirnya bonda dan ayahanda buat keutusan untuk bawa pulang dan bersekolah di kampung..dan apa lagi gembira tak kepalanglah hati saya hehehhehe
Saya faham perasaan along..:) mungkin dia belum biasa lagi, ya lah usianya pun baru 13 tahun..kalau perasaan dia berlarutan takut juga pelajaran dan kesihatan terganggu...tapi masih terlalu awal...insyaAllah mungkin seminggu dua lagi dia susah biasa..tapi jika masih tidak boleh juga, mungkin perlu alternatif yang lain..
Saya doakan puan dapat mengatasi dilema yang hampir sama dengan bonda saya suatu ketika dulu..mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik untuk puan sekeluarga..:)
salam...
sy ada pengalaman yg mungkin boleh dikongsi bersama.
sy merupakan anak sulung dr 5 beradik. dahulu selepas tamat darjah 6, sy ditempatkn oleh ibu bapa sy di SMA At-Tanwiriah, Muar Johor. mungkin ibu dan ayah pd ketika itu sedikit teruja utk menghantar anak mereka ke asrama. lebih terjaga kononnya. tetapi malang... keadaan asrama dan sekolah (kerana sekolah tersebut adalah sekolah swasta) tersebut amat menyedihkan... SAR lah katakan... akibat tak tertanggung dgn kesusahan belajar yg serba kekurangan di sana, saya ambil keputusan utk tarik diri selepas 6 bulan belajar di sana (tindakan yg tepat krn setahun slps tu sekolah trsb ditutup ats alasan tertentu)...
akhirnya... sekolah menengah harian biasalah tempat saya, SMK Sri Gading, Batu Pahat... dan selang 2 bln sy belajar di sekolah baru tu, sy ditawarkan utk tinggal di asrama sekolah tersebut (walaupun jarak antara rumah sy dgn sekolah hnya kira2 10km)... mungkn sy seorang yg suka membandingkan "ini lebih bagus daripada itu" menjadikan sy betah utk tinggal di asrama tersebut... sehinggalah sampai ke tingkatan 5 sy tinggal di sana. dan sy rasa lebih selesa utk tinggal di asrama, ibu dan ayah pula yg tanya "bila la kamu nak balik ni?"...hehheehe..
mungkin situasi saya pada ketika itu tak sama dgn situasi yg dialami anak puan. mungkin juga yg buatkan puan lemah dgn pujukan beliau adalah krn penyakit yg dihadapi..
tapi mungkin juga along tak dpt lagi nk biasakan diri dgn suasana tinggal di asrama...tapi saya rasa beribu lagi rakan2 yg seangkatan dgn along yg mungkin menghadapi masalah yg sama dgn along... "homesick". ye la, baru berapa hari je kan daftar kt sekolah tu..
mungkin keseronokan di tempat baru utk along belum tebina lagi.
apa kata, puan bagi sedikit pendorong pada beliau (walaupun mungkin dh 30hari x 5 kali call sehari = 150 nasihat dh diberikan..hehehe). sebab along akan jadi cth utk alang ngn fatihah.. dan alang n fatihah juga mungkin akan menghadapi nasib yg serupa, tinggal di asrama.
pokok pangkalnya, saya rasa sukar bagi along nk biasakan diri utk tinggal di asrama berbanding tempoh 12 tahun tinggal di rumah dgn penuh keselesaan & keseronokan.
cubalah puan yakinkan along. asalkan selagi tak de kes along dibuli sampai tahap disuruh minum air stoking, saya rasa along akan selamat di sekolah tu.. ramai org kurang selesa dgn kehidupan berjadual!
Salam Huda dan Mirul
Akhirnya, saya memilih sekolah yang bukan pilihan hati. Namun saya sentiasa berdoa agar pilihan ini adalah pilihan terbaik buat dia dan berazam membimbing anak ini ke jalan terbaik dan lurus.
Terima kasih atas pandangan.
Salam puan,
Begitulah susahnya untuk menentukan masa depan anak-anak, Bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Anak saya pun begitu 2 dimrsm 1 alam shah setiap minggu kena jenguk. Terkadang hari cuti lebih penat dari hari bekerja. Hati dan perasan anak perlu di jaga demi masa depan. Biar kita penat nak jadikan orang. Jangan kita penat anak tak jadi orang. Wassalam
Post a Comment