Friday, February 19, 2010

Kata-kata mereka yang direka-reka

Beraninya mereka yang diciptaNya mempertikaikan hukum Allah.

Pesalah zina wanita yang disebat adalah satu kes diskriminasi kata mereka.

Undang-undang jenayah syariah bercanggah dengan undang-undang sivil kata mereka lagi.

Sebat pesalah zina dianggap melanggar hak asasi manusia kata mereka.

Hukuman sebat dikatakan zalim dan tidak berperikemanusiaan kata mereka juga.

Penyelidikan mengatakan hukum sebat bukanlah satu hukuman yang bersifat mencegah kata mereka lagi.

Kata saya:

  1. Adakah Allah telah mendrikiminasi wanita di dalam hukumanNya?
  2. Siapakah yang mengeluarkan firman tentang hukuman sebatan? Dan siapa pula yang membuat undang-undang sivil?
  3. Adakah hak asasi manusia itu diiktiraf sepenuhnya oleh Al-Quran?
  4. Zalim atau tidak adalah hak Allah. Jika sudah dinyatakan dalam Al-Quran, layakkah kita mengatakan hukuman sebat itu zalim? Layakkah?
  5. Adakah penyelidikan hukuman sebat ke atas pesalah zina pernah dibuat?

Berani sungguh mereka yang sanggup mereka-reka namun mengata-mengata Pencipta mereka.

5 comments:

Mohd Halim said...

Salam Puan Noraini, bumi ini menjadi rosak binasa kerana ramai manusia yang mahu menggantikan Allah sebagai tuhan.

arifrusli said...

Salam Puan,

Saya tak setuju dengan pandangan SIS (Sister In Islam)yang membantah hukuman sebat/rotan. Nama kumpulan ada "Islam" tapi seolah-olah mereka yang tak ada ilmu tentang Islam.

http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=986&Itemid=1

aniisma said...

Salam En Halim,

Saya teringat pada komentar En Halim tentang orang Islam sendiri yang sebenarnya mencipta ruang dan membuka jalan kepada pertikaian hukum hakam Islam. Sisters in Islam antaranya.

Salam Arif,

Orang muda seperti Ariflah yang dilihat berpotensi untuk menjadi profesional Muslim yang mempertahankan agama. Saya doakan Arif Rusli antara pemuda yang menjadi kekasih Allah.

SYATILA said...

Salam Puan,

Pemikiran logikal manusia semakin menakutkan. Kita yang tak mampu menjangkau pemikiran sebegitu terkena tempiasnya.

JHaZKiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)