Tuesday, December 22, 2009

Menjelang 2010

Ayat tipikal..."laaaa dah nak masuk tahun baru, cepatnya masa berjalan!"

Ya, 9 hari lagi 2010 akan menjelma. 2009 akan berlalu dengan 1001 kenangan. Mungkin beribu-ribu kenangan yang mampu dikenang otak.

Saya kembali menulis setelah Nov Dis berlalu dengan pelbagai kisah, pengalaman dan kenikmatan hidup dunia. Beberapa kisah menarik perlu dirakam di sini, dijadikan sejarah dalam liku-liku kehidupan untuk dikenang di masa hadapan. Namun, momentum menulis blog agak perlahan. Penulisan akademik menjadi agenda utama menjelang 2010. Doakan kesihatan badan dan minda saya!

Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah buat semua. Semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Allah dan berada dalam keimanan yang meningkat dari masa ke semasa.

2 comments:

bcn1291 said...

moga puan sentiasa terpelihara dan diberikan nikmat kesihatan akal dan tubuh badan dari Allah...teruskanlah menulis...

arifrusli said...

Selamat Tahun Baru Puan.