Kebiasaannya penghujung tahun saya dipenuhi aktiviti kekeluargaan. Kami biasanya mengambil peluang cuti sekolah pulang ke Serendah, Sg Sumun Perak, Sg Bogak Parit Buntar dan Sg Acheh Nibong Tebal. Menyelusuri jalanraya beerti mengimbau nostalgia. Sayakan sentimental orangnya. Terlihat pokok besar tepi parit depan rumah arwah abah di Sg Bogak pun sudah mampu membuatkan saya menitiskan air mata. Di situlah kami adik beradik, sepupu sepapat berkumpul bergosip sambil cicah pelam muda dengan sambal kicap campur belacan. Mulalah nak retro ni...
Tetapi 2009 ini, hujung tahun saya agak luar biasa. Sehingga ke detik ini (curi sekejap masa untuk entri baru) sehingga mencecah penghujung 2009, jadual saya hampir setiap hari (kecuali Ahad) sudah dipenuhi aktiviti (tapi malam kena tidur juga, tidurkan ibadah).
Kenduri adik ipar bongsu di Sg Sumun pun, saya tidak dapat turut serta:(
Namun, saya gagahi juga dengan harapan 2009 akan berakhir dengan kepuasan dalam kerjaya sebagai Pensyarah, kerjaya lain juga: isteri kepada suami, mama, anak, kakak, adik, jiran, kawan, sahabat...
Yang pasti ini semua ketentuan Allah. Saya hanya mampu berdoa agar Allah memberi rezeki keimanan,kesihatan dan ekonomi yang baik buat diri ini agar terus bertahan menjalankan tugas sebagai hambaNya di dunia yang penuh ujian.
2 comments:
hhmmm..bestnya duduk kat environment camtu..saya dari kecik smapai besar duduk kat rumah flat..x best langsung..org tumbuk pakai lesung batu pun blh dengar..he he duduk kat kg ayah best..tp x seronoknya bila time nak gi toilet..kusmangat bila time malam2...toilet kat bawah rumah..rumah org kg kat perak kan buat rumah tinggi2 (bawah tu buat pelantar untuk lepak2 dan masak gulai kawah).
Salam Uji
Selamat Tahun Baru.
Nanti bila nak beli rumah, carilah kawasan kampung. Segamat ke...
Post a Comment