Friday, June 26, 2009

Doa

26 tahun yang lalu, saya mendesak arwah abah membeli kaset (arwah?) Michael Jackson. Saya sedang angau lagu Beat It dan Billy Jean ketika itu. Selama beberapa minggu saya desak dan akhirnya kaset itu kepunyaan saya. Sayalah antara penyumbang 50 juta kaset yang terjual seluruh dunia pada masa itu. Original bukan cetak rompak!

Dan lagu Inggeris adalah antara penambah vocabulary dan kelancaran berbahasa saya, bukannya Matematik atau Sains.

Pemergian Mikaeel mengundang perdebatan di internet. Khususnya apabila abangnya menyebut "May Allah be with you always Mikaeel". Ramai yang menyatakan ucapan itu sungguh biadap. Dan ada juga yang berkata tidak sepatutnya Muslim mendoakan seorang Non Muslim. Dan andainya Mikaeel adalah rakyat Malaysia, jenuhlah Jabatan Agama ber'perang' di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mengenai pengebumiannya. Tapi hasil bedah siasat belum lagi diperolehi jadi isu pengebumian Mikaeel di sana belum muncul.

Namun, ramai pula yang mempertahankan tindakan abang penyanyi popular itu dan disokong dengan puluhan artikel mengenai keindahan Islam. Tidak salah mendoakan Non Muslim terutamanya ahli keluarga sendiri. Islam itu mudah. Sesuatu yang tidak melanggar akidah, ada kelonggarannya. Doa datang dari hati yang tersentuh. Kematian menyedihkan. Lahirlah keluhan yang mengharapkan kasih Allah.

Doa saya moga Mikaeel pergi dalam keadaan beriman pada Allah. Hanya Allah yang tahu!

7 comments:

arifrusli said...

Salam Puan,

Suka part ni

"Dan lagu Inggeris adalah antara penambah vocabulary dan kelancaran berbahasa saya, bukannya Matematik atau Sains"

Saya pun belajar english dengan lagu2 inggeris. Sebab dulu cikgu saya ajar, saya faham, tapi tak boleh nak pratikkan. So, bila nyanyi baru dapat pratikkan, Sedap ke tak, tu lain cerita.

Hari ni penuh dengan tribute to MJ. Rest in peace MJ.

Nizam Awang said...

Saya menziarahi sahabat di Oxford. Anak kecilnya yang baru berusia 11 tahun melontarkan soalan kepada ayahandanya ketika kami sama bersarapan - "kenapa Micheal Jackson dan Puteri Diana tidak bagitau terang-terangan mereka beragama Islam? Kan senang kalau dia Muslim?!...

Ayahnya tersenyum...

Bondanya lantas menjawab - Itulah, tak boleh nak buat apa kalau diorang tak isytihar Muslim.

Saya termenung seketika - anak kecil ini bijak sungguh berbicara tentang soal sebegitu...

Sementalah meinggalkan rumahnya, dia pantas menyapa saya pantas - uncle, you have to remember me. Saya tersenyum menjawab - of course, i will! ~ ;-)

Nizam Awang said...

kak ani,

boleh bagi saya emel kak ani & kak ina tak?

ada kisah penting nak bagitau...;-)
terima kasih ya.

kak ani said...

salam nizam

kak ani dah mesej alamat emel pada hp nizam, dapat tak

Ilham Ainol said...

doa kerna memohon keredaan-Nya
tidak ada batas kulit, kefahaman,ruang dan waktu.
Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.Amin.

Nizam Awang said...

kak ani,
maaf.tak dapat.

nanti emel saya @ nizamlaw@gmail.com

terima kasih. ;-)

AnDeH said...

salam,
VOTE !!!
for Prof Kamil unt
“SIAPA PENULIS PILIHAN ANDA??”

..akhbar sisipan Berita Harian Jumaat 3 Julai 2009

"Travelog Haji: mengubah sempadan iman"

P/S:

Borang asal penyertaan yang akan diterbitkan lagi pada 10 Julai ini dan alamatkan penyertaan kepada:

Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, Marketing Department, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, No: 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 5600, Kuala Lumpur.

(Andeh)