Thursday, May 14, 2009

Penawar Lara

Penat sungguh rasanya seluruh sistem badan apabila tugas-tugas peperiksaan akhir selesai.

Cuba untuk membaca bahan akademik namun kurang penumpuan. Mungkin otak perlu di'rehat'kan seketika.

Lalu, ambil kesempatan mengemas bilik pejabat yang sudah hilang sebahagian besar ciri-ciri 5Snya. Terjumpa sebuah buku latihan Fatihah. Pernah dia demam, terpaksa dibawa ke UiTMJ dan ditinggalkan berseorangan di pejabat semasa saya memberi kuliah. Berpesan kepadanya: Kakak, tulis sebuah karangan pendek ye, balik kelas nanti mama check...

Sebuah karangan pendek karya Fatihah yang sangat perlu diedit menawar perasaan lara....

Tajuk: Orang Kaya Yang Kedekut

Pada zaman dahulu ada seorang Mak Sal yang kaya raya di sebuah kampung yang kecil. Rumah Mak Sal itu sangat besar dan cantik. Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan meminta duit tetapi ia tidak bagi kepada budak perempuan itu. Pada lewat malam, Mak Sal itu ingin tidur, tetapi ia tidak boleh tidur, ia berjaga hingga ke pagi. Pada keesokan paginya ia tidak rasa ngantuk. Ia pun pergi keluar dan ia nampak sebuah telaga yang besar dan dalam. Ia menjenguk ke dalamnya. Tiba-tiba ia terjatuh dan meninggal. Rumahnya itu diberi kepada budak perempuan yang bernama Aminah. Aminah telah jaga dengan baik. Tamat.

Moral: Jangan ikut perkara begitu

Betapalah anak-anak kecil pun pandai mengambil moral dengan apa yang terjadi....

Lara di Perak...sudahkah kita belajar moralnya?

10 comments:

UmmiAmmaR said...

anak2 skrg makin cerdikkan puan.. kecik2 lg dh boleh pikir out of the box...so kita kena sentiasa bersedia...

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum...

Puan..

Bagus karangan pendek drpd Fatihah itu..inilah anak-anak di zaman ini, mampu menulis dan berfikir seakan-akan orang dewasa..;)

arifrusli said...

Salam Puan,

welcome back Puan hehe.

Unknown said...

nampaknye puan telah membersihkan 'sesawang' yg ditinggalkan oleh labah2 dinding di blog puan...hehehe... rindu kat anak2 comel puan, teringat 'moment' dinner siakap 3rasa kat 'warung lampu biru-warung kita', n si along buat shuffle sampai terjatuh...hehehe

amirul_rafiq said...

salam... nampaknya puan diberi kekuatan untuk 'merajinkan' diri mengemas 'sesawang' yg ditinggalkan oleh sang labah2 dinding di blog puan nie...hehehe...

teringat telatah anak2 comel puan time makan siakap 3 rasa di 'warung lampu biru-warung kita' dan si along buat shuffle ssampai terjatuh...

amirul_rafiq said...

p/s:putera dan amirul adalah individu yg sama...hehee

aniisma said...

Assalamualaikum semua bekas pelajarku yang dikasihi dan diyakini akan jadi insan kamil yang cemerlang dunia akhirat....

Tanda kertas peperiksaan sangat meletihkan. Cikgu huda pasti tau!dan bila dah lama tak menulis, ide makin menipis.

Sekarang hingga ke awal Julai nanti, adalah waktu kami menyiapkan penulisan dan penyelidikan, berkursus, berbengkel, berkonferen, berseminar dan bercuti(ini mesti selit jugak, kalau tak, mental fizikal akan melalui proses penderaan yang serius)

Terima kasih kerana beri saya semangat untuk kembali berblog

Happy holiday

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Puan...

Selamat Hari Guru..
Terima kasih atas segala ilmu yang Puan curahkan...Jasa puan akan tetap saya kenang sampai bila2..semoga Puan diberikan kesihatan dan diberkati Allah selalu dan terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa...:)

arifrusli said...

Salam Puan,

Selamat Hari Guru 2009. Mintak halalkan ilmu yang Puan dah sampaikan pada saya. Terima Kasih :)

AnDeH said...

SELAMAT HARI GURU PUAN,
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!

-Andeh-