Friday, July 11, 2008

Jenaka Menghina



Saya membaca hampir kesemua akhbar harian secara on line dan menyelusuri aliran maklumat di alam siber. Saya tidak ketinggalan mengikuti hal-hal seputar politik tanah air. Saya percaya kepada kebebasan bersuara. Namun, saya juga percaya yang setiap kebebasan ada hadnya.

Kebelakangan ini saya sungguh sedih apabila membaca kandungan beberapa blog terkenal. Paling membuat saya beristighfar ialah apabila membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca blog.

Isu liwat, larangan bersolek yang keterlaluan dan solat lima waktu semuanya ada kaitan dengan Islam. Isu ini menjadi begitu besar dan begitu global.

Beberapa pelawat blog telah membuat ulasan tersendiri yang saya fikir amat keterlaluan dan menghina agama yang saya anuti sejak lahir lagi. Saya sedih Islam telah dipandang remeh dan dijadikan bahan jenaka: diketawakan . Air mata mengalir kerana merasakan betapa Islam telah diperlekehkan.

Inilah antara kata-kata yang saya perturunkan(sumber dari internet):


1. Let me talk about good Muslim. Good muslim should 1. pray 5 times a day, if it's office hour, let the non-Muslim do all the jobs. 2. look closely and admire at those women who cover up their bodies as much as possibe. 3. Try to marry 4 wives if you are able to. 4. Commit crime only when there are less than 4 people (witnesses) around.

2. Let us look at this scenario: Two guys did a robery and 1 is a Muslim while the other is not. Both got caught and the Muslim guy has his hands cut off while the other is jailed for a certain period of time. Another scenario: A Muslim was wrongly accused for robbery. His hands got cut off. At the end of the day we will have many Muslims walking around Malaysia begging for money as their hands has been cut off. While the non Muslim ex-thieves has repented and doing well in life. Is this what we want? Syariah law may not be applicable in Malaysia. If anyone wants to live life under syariah laws then they should migrate to Saudi Arabia.

3. This is a civil case. Why are we discussing about the Islamic law? Is the syariah law supersedes the Civil law? Also, if swearing on the Quran can clear a person name then Malaysia prison will definitely be empty.

Hukum hakam Islam dijadikan gurauan. Mungkin yang memberi komen-komen di atas tidak faham betul dengan ajaran Al-Quran. Tetapi masih berminat untuk membuat ulasan. Hasilnya, penganut agama Islam seperti saya terasa...sungguh-sungguh terasa...

Rakyat Malaysia masih boleh hidup aman damai andainya masing-masing menghormati semua agama yang diamalkan di sini. Kebebasan beragama di jamin Perlembagaan.

Jadi tolonglah, hormatilah agama kami...

3 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Puan Noraini,
Sebenarnya orang bukan Islam tidak akan berani mempermainkan agama yang suci ini sekiranya tidak dimulakan oleh orang Islam sendiri. Apabila orang Islam sendiri mempermain-mainkan agamanya, orang bukan Islam akan tumpang semangkuk. Hukum agama dijadikan mainan.

Anonymous said...

Salam En Halim

Saya bersetuju tentang itu.Namun, mereka yang tiada asas Islam, janganlah suka membuat kesimpulan mudah tentang hukum yang termaktub dalam Al-Quran atau memperlekehkannya. Samada mereka sedar atau tidak, ada hati-hati yang akan terluka. Walaubagaimanapun, rambut sama hitam, hati lain-lain...

Noraini Ismail

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum.

Puan..
Sama2 lah kita berdoa moga2 Agama Islam akan sentiasa terpelihara..insyaallah...