Tuesday, July 22, 2008

Cuti Sabtu dan Ahad: Duka Dalam Bahagia

Sekitar 2005, apabila kerajaan mengumumkan 5 hari bekerja bagi kakitangan awam, ramai yang gembira. Termasuklah saya yang tinggal berjauhan dari emak di Serendah dan keluarga mertua di Sg Sumun Perak.

Kerap juga kami pulang ke kampung atau membawa anak-anak bercuti. Emak seronok bila anak cucu selalu pulang melawat. Kami bahagia kerana boleh berehat bersama keluarga tersayang. Adik beradik berkumpul, bersama-sama ke pantai atau air terjun, makan-makan, bakar-bakar ikan, udang. Hujung minggu, mencuba resepi baru.

Hujung minggu lalu, kami ke Serendah. Melawat emak seperti biasa. Juga melawat Jun, sahabat UIA di Paya Jaras Sg Buloh, yang kematian ibu dan ayah yang sudah uzur. Singgah pula di Seremban melawat sahabat karib SMKA Sheikh Haji Mohd Said. Has baru 5 hari melahirkan anak ke 4. Kami pulang ke Segamat melalui jalan lama. Elak tol, bilang suami.

Perasaan saya sangat-sangat seronok kerana dapat berjumpa emak, adik-adik dan sahabat-sahabat. Dapat meluangkan masa, berbual-bual, mengimbau nostalgia lama, berkongsi cerita. Ia adalah satu terapi. Terapi setelah bekerja 5 hari seminggu.

Namun, saya terkejut bila suami berkata.."duit minyak je RM300, Ni."

Itu belum campur duit makan minum sepanjang perjalanan, jajan anak-anak, dan duit yang keluar untuk macam-macam hal lagi sepanjang dua hari bercuti.

Kenaikan harga minyak menyesakkan...Di zaman gawat begini, setiap ringgit yang keluar perlu bersebab. Saya yakin akan ada anak-anak yang mengeluh bila mengenangkan kos perjalanan melawat ibu bapa di kampung halaman. Mereka yang berkeluarga agak besar tentu perlu memasak terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Berhenti makan di RNR atau kedai makan di tepi jalan membuatkan kos bertambah naik. Harga sepinggan nasi putih, lauk, sayur dan teh o ais menjangkau RM6. Itu baru seorang, kalau berenam?

Tentu juga kekerapan melawat ibu bapa merosot. Ibu bapa mungkin tidak sanggup mengeluh kerana mereka juga tahu mengira kos yang terpaksa ditanggung anak-anak. Akhirnya, mungkin bila ketibaan Hari Raya Aidilfitri sahaja, semua ahli keluarga dapat berkumpul. Hujung tahun, terpaksa fikir tentang kasut, baju, buku sekolah pula. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Duit tambang bas lagi. Tuisyen? Buku kerja tambahan? Ohhhh...

Bonus hujung tahun ini ada tak agaknya?

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Ani,

Bagaimana agaknya orang yang hanya berpendapatan secukup hidup ye? Kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian amat terasa. Nak jimat macamana lagi pun tak tahu sedangkan selama ni pun berbelanja pada yang perlu sahaja.

Cuma satu keyakinan - Allah lah yang akan cukupkan rezeki untuk kita. Kadang rasa macam tak cukup duit sampai hujung bulan, tapi bila tiba hari gaji, masih ada lagi baki gaji bulan lepas rupanya. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Salam Anonymous

Setuju sangat dengan apa yang ditulis. Hanya Allah sahaja yang memberi rezeki. Sebelum gaji masuk hujun bulan, selalu kita buat kiraan belanjawan, selalu nampak macam cukup-cukup aje tapi akhirnya, ada juga sedikit lebihan yang boleh dinikmati bersama keluarga.

Saya ada ramai sepupu saudara mara yang tinggal di Bagan Serai, Perak dan Nibong Tebal Pulau Pinang. Kebanyakannya, hanya suami yang bekerja. Gaji sekitar RM1200. Anak 3 ke 4 orang. Semua masih bersekolah. Namun, alhamdulillah,tiada yang keciciran dalam pelajaran dan bak kata Dato' Shaberi Cheek...rakyat Malaysia cukup makan..Namun, untuk merasai nikmat percutian di sekitar Malaysia, hanya sekali sekala. Untuk berkenderaan agak hebat, payah. Cukup makan, mungkin...

Noraini Ismail

Anonymous said...

salam ani,

setuju sekali dengan pendapat semua. Rezeki itu daripada Allah.

Kak Lin

Anonymous said...

Salam Kak lin

Kak Lin dah boleh menarik nafas lega sebab dah dekat emak ayah di Pulau Indah. Dah boleh menjenguk selalu lewat usia senja mereka...

Ani ni, bila minyak dah naik macam ni, terpaksa cut cost perkara lain supaya keutamaan melawat mak dapat diteruskan. Adik Ani di JB pun terasa sangat. Dengan tol yang begitu tinggi...

Pasrah...

Ani

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Puan..
Apa khabar?
Menarik juga isu ni..Saya sebagai student di bumi UPSI bertuah ni pun sangat2 terasa dgn kenaikan minyak ni..semua barang di sini mahal walaupun di Tg Malim ni kategori bandar kecik ja..:(..kami sebagai pelajar terasa sangat2 walaupn tak bekerja lagi..:(

Apa boleh buat, puan..dah begitu kena pasrah dan redha...mungkin setiap yang berlaku ini, Allah suruh kita semua muhasabah diri semula..supaya sentiasa berjimat cermat..moga2...ada ruang untuk kita sentiasa bersyukur..

Puan..untuk bonus tu, sama2 kita tunggu budget bulan 9, saya pun tak sabar nak tunggu budget ni...heheheh

Anonymous said...

Salam Huda

Kalau kami yang cukup bulan masuk gaji terasa bahang kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan, pelajar macam Huda apatah lagi. Namun kalian tidak banyak tanggungjawab kewangan. Jadi tidak begitu terdesak. Di Segamat ni, yang kecil macam Tanjung Malim, saya teringatkan pelajar UiTM yang terpaksa menyewa. Mereka perlu bijak mengurus wang PTPTN. Harga makanan di kedai-kedai makan juga terpaksa dinaikkan. Suka atau tidak, rakyat terpaksa telan...

Puan Noraini

Anonymous said...

Cerita suami saya (dari ceramah yg didengar: panjang ceritanya yang disampaikan), sedekah adalah pelaburan yang paling tinggi pulangannya. Kalau kita bersedeqah dengan ikhlas, pasti akan dipulangkan oleh Allah dengan nilai berganda. Wallahualam.

payat inc said...

ish...
sume barang naik, gaji tak naik...