Setakat hari ini, saya masih berat hati untuk mengemas kini selalu blog yang makin kekurangan entry baru. Berat hati itu kemungkinan besar disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya, anak sulung sudah mendaftar masuk sekolah berasrama (proses permohanan dan persiapan masuk agak renyah dan memenatkan), penulisan-penulisan akademik memerlukan penelitian rapi, sistem 5S di pejabat makin membimbangkan, perjumpaan, perbincangan dengan AJK Kelab dan jadual anak-anak yang bertiga di rumah yang sudah dihantar bertuisyen akibat kegagalan mamanya mengajar anak sendiri di rumah sendiri hingga terpaksa dihantar ke rumah orang lain. Belum lagi cerita sedih tentang kegagalan mamanya mengajar anak-anaknya membaca Iqra dan Quran secara tetap dan konsisten:(
Atas alasan-alasan tersebut, aktiviti merehatkan minda saya dengan menulis blog agak mengecewakan diri sendiri. Khabarnya, rakan saya, Shima juga seakan-akan ingin menarik diri dari dunia blog. Tentu beliau sangat sibuk dengan PhDnya.
Dalam minggu ini, sebelum tidur, saya akan membaca buku penulisan Dr Kamarul Zaman Ahmad 'PhD The Pursuit of Excellence'. Dan saya amat mengharapkan 2010 akan memberi sinar baru bagi penyediaan diri ini ke alam PhD.
Semoga Allah membantu hati ini agar lebih kuat sebagaimana pesan saya kepada Along semasa meninggalkannya di asrama "Along, you have to be strong!" dan Fatihah telah mencairkan semangat Along dengan melambai-lambai "bye-bye Along, bye-byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee'.
Tentu hati anak sulung saya itu telah di bawa pergi seiring dengan putaran roda Saga 1.3cc...
5 comments:
rajin penulis kita nie...mehlah jadi pengedar noor n sery collection http://best-online-shoope.blogspot.com
Assalamualaikum
Lama saya tidak bertanya khabar tentang puan..semoga sihat2 selalu...:)
to be a good needs the consistent like sun and like water give us life,
wa..adakah 5s JUU membimbangkan?adussss...sabar ye puan..insya'allah dgn izin Allah puan bisa mngharungi segalanya...
Salam
En Muhamad, terima kasih atas kunjungan. Konsisten memang penting dalam kehidupan:)
bcn1291, bukan 5S JUU yang membimbangkan tapi bilik sendiri, namun, dua minggu sudah, suami datang membantu dan akhirnya, bilik saya semakin teratur;)
Huda, semoga cikgu juga sihat2 selalu...
Noraini Ismail
Post a Comment