Thursday, June 25, 2009

Perempuan senang tertipu

Sebab tu Malaysia ada lagu Tipah tertipu...tipah tertipu lagi

Entri saya sebelum ini berkenaan emel Richard, my new friend from London, yang sanggup menyerahkan huge enormous unbelievable funds kepada saya tanpa sebab sebab yang konkrit. Dan saya katakan lagi tentu penerima emel tersebut kebanyakkannya wanita. Atau mungkin juga sebab wanita memang ramai di Malaysia, dan bila si Richard hantar emel terus terperasan kehebatan diri sebagai wanita Malaysia terakhir dan menghubungi Richard dengan harapan bukan sahaja dapat funds tetapi dapat fun berkawan dengan Richard yang mungkin ada iras-iras Richard Gere.

Semalam, mailbox formal uitm saya menerima kunjungan emel dari rakan rakan se UiTM seluruh Malaysia yang menjanjikan pulangan lumayan dari BILL GATES, sekali lagi saya taip BILL GATES sekiranya saya forward emel tersebut kepada orang lain pula.

Saya hanya mampu menggeleng kepala awalnya tetapi bila lihat ada testimoni dari mereka yang berpangkat dalam Jabatan kerajaan, hati sedikit kacau, betul ke? Namun bila baca jumlah wang yang telah dipindahkan oleh BILL GATES kepada beberapa penama, gelengan saya makin laju...sangat tidak logik oleh akal saya. Begitu murahnya hati Uncle Bill...

Dan yang menariknya, kebanyakkan yang forward emel itu kepada seluruh warga kerja UiTM ialah perempuan...

Kes bawa dadah dalam beg perempuan, kes kena rogol kawan baru juga perempuan(pastinyalah), kes percaya pada bomoh yang boleh jadikan muka seindah purnama juga perempuan...

Perempuan memang senang kena tipu? Mungkin faktor biologi turut memainkan peranan...

Ps: Arif, boleh beritahu saya bgmn awak dapat rm50 dengan berblog?

4 comments:

arifrusli said...

Hehe.

Yang pasal duit tu kan Puan, sebenarnya ada 3 advertisers. Google ads, Advertlets dan Nuffnang.

Google ads yang paling simple sebab Puan boleh terus click butang Monetize dekat dashboard blog Puan. Seterusnya, ikut saja arahan dari Google. Google ads akan bayar menggunakan USD. Ramai yang puas hati jugak dengan Google ads.

Advertlets pulak bayar dalam USD jugak. Tapi saya x berapa tahu pasal adverlets sebab saya tengok iklan yang dia dapat tak banyak.

Saya guna nuffnang ads. Agak rumit jugak nak letak coding dia dalam blog kita. Tapi dia ada tutorial ajar camne nak letak. Nuffnang ni akan letak iklan dengan bayaran tertentu ikut rating pengunjung yang lawat blog kita. Ada dua kempen cara bayaran.

Satu melalui berapa KLIK terhadap iklan yang mereka iklankan, biasanya satu klik dalam RM0.20sen, bergantung kadar bayaran iklan.

Satu lagi melalui kadar lawatan pengunjung ke blog kita. Lagi ramai orang visit, lagi tinggilah duit dapat. Tapi yang ni jarang ada.

Nuffnang bayar dalam RM. Bayaran iklan juga bergantung pada status Puan. Ada 2 status, Normal dan Glitterati. Untuk dapatkan status Glitterati, Puan tak boleh ada advertisement lain di blog.

Tapi saya dapat pun bukanlah dengan duduk diam je. Setiap hari saya click advertisement tu hehe. Yela, nak harap orang click bila lagi. So, saya click je bila saya bukak blog dan nampak ada iklan.

Oklah tu kan Puan, dari takde dapat apa-apa. At least dapat jugak walaupun tak banyak.

Kalau Puan nak daftar Google ads, boleh klik Monetize dekat Dashboard blog Puan, kalau nak daftar Advertlets, Puan boleh layari www.advertlets.com/ dan kalau Nuffnang, www.nuffnang.com.my

Good Luck Puan.

pn noraini said...

Thanks atas penerangan yang panjang lebar tu, bukannya apa saya nak bandingkan dengan cerita bill gates dengan duit melalui blog ni, maknanya ada juga yang betul...jadi apa pendapat arif tentang bill gates tu?

arifrusli said...

sama2 Puan. Erm, saya rasa tu semua scams. Tak mungkin Bill Gates nak bg duit macam tu je. dalam email saya pun penuh dgn email2 macam tu. so setiap hari keje delete je email2 tu.

amirul_rafiq said...

salam kerinduan dari saya yg jauh di perantauan (jauh ker???)...

puan apa khabar???

menarik... sama spt apa yg sy lalui beberapa hari lepas...

kita kena lebih berhati2 dgn dunia siber yg semakin canggih manggih ni... jgn sampai tertipu... ada yg frust sampai bunuh diri gara2 percaya scams ni...

senang cerita... nak banyak duit ...kerja keras je... part time jual kuih ke...jual burger ke...

p/s: saya mmg tak pandai berniaga!!!huhu...


salam 1Malaysia (**tak pasal2???)