Tuesday, June 16, 2009

Kembali berjuang

Hidup ini perjuangan.

Semasa bercuti, perjuangan seharian agak ringan. Tidak perlu mengadap komputer. Perjuangan mengemas rumah, mencuci karpet mak, memasak, membawa mak berjalan-jalan menziarahi saudara mara, membeli barang dapur dilaksanakan dengan hati yang gembira. Selebihnya menonton tv.

Sekembali dari percutian yang menyenangkan, perjuangan di pejabat kembali dilangsungkan. Walaupun ia tugas rutin namun setiap tugas ada perspektif yang berbeza. Juga menuntut perasaan yang pelbagai rasa. Ada yang dilaksanakan dengan gembira, terkadang terasa tekanan yang menyesakkan nafas, selalunya dengan nada serius, dahi berkerut berfikir, berfikir dan berfikir....

Dan entri pertama selepas cuti hanya dapat dirakamkan hari ini, Selasa, bukan Isnin kerana semua maklum tentang Monday blues...

Hidup perlu diteruskan, perjuangan masih panjang...

Ya Allah, berilah kesihatan dan akal fikiran yang cemerlang buat wanita ini.

3 comments:

Anonymous said...

salam puan...juz nk inform puan sy dpat uitm shah alam...BBA FIN...Good BYE SEGAMAT...SMOGA PUAN SIHAT HNDAKNYE...anizan bt selamat

amirul_rafiq said...

salam...

selamat kembali drpd bercuti dan bertugas!!!

ehm... sedih membaca kisah di atas... semoga Allah menempatkan mereka di kalangan insan2 terpilih...

Nizam Awang said...

Itu adat perjuangan. Susah senang sunnah-Nya. Depanilah dengan ikhlas dan kental. Keredhaan itu akan datang beringingan kemudian...;-)

Nota: Sering terdetik di benak sejak di perantauan - kerana kita ada Allah, sewajarnya kita jadi lebih cerdik dan hebat berbanding dengan 'mereka'. Terpulang kepada kita untuk mencipta ruang dan peluang yang selalu terbuka itu.;-)