Saya akan bercutiiiiiiiiiii
Inilah cuti pertama saya pada tahun ini, sempena cuti sekolah yang panjang, saya ambil kesempatan untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak di rumah.
Inilah masanya merehatkan seluruh jiwa raga dari memikirkan hal-hal pejabat (betul ke dapat rehat?). Tapi hakikatnya tidaklah seluruh jiwa raga kerana setiap malam, andai berkesempatan, lap top akan dibuka dan folder-folder subjek/penulisan (akademik dan kreatif) akan dikemaskini.
Rehat yang dimaksudkan ialah tidak perlu menggosok baju sekolah anak-anak, tidak perlu memandu dari rumah ke pejabat, tidak perlu menunggu lampu merah selama 99 saat, tidak perlu punch in dan out, tidak perlu pening kepala fikir apa nak masak malam ni dalam keadaan diri yang penat...
Dan nampaknya blog ini tidak perlu dikunjungi selalu (oleh Mirul, Arif, Huda dan beberapa kerat lagi) kerana Puan ini akan jarang-jarang update blognya.
Selamat bercuti juga kepada rakan-rakan setugas, semoga kita dapat berjumpa lagi di UiTMJ tercinta dengan semangat baru...
5 comments:
selamat bercuti puan..sy pun cuti..tp kena masuk kelas time cuti...so sama je la..
hehe. selamat bercuti Puan :)
selamt bercuti..sy pn cuti gak..asy travel jer..kejap di campak umah abg,kejap dicampak umah akak..mcm dah xder umah tetap lak..klu mak ader,mesti tak mcm ne..mesti duk dgn mak jer...apelah nasib badan....
occupation:
part- time: student
full-time : khalifah
assalamualaikum..
Selamat bercuti puan..
Saya juga bercuti kerana cuti sekolah sudah bermula maka cikgu-cikgu juga mahu merehatkan minda untuk membina azam dan kekuatan baru..:)
Post a Comment