Monday, August 4, 2008

Syurga gambaran anak-anak

Ada masanya, saya perlu bercerita tentang keindahan syurga kepada anak-anak. Agar mereka tidak liat menunaikan solat atau jemu membaca Al-Quran yang tidak difahami maksudnya. Mereka mendengar dengan penuh minat dan tersenyum-senyum kesukaan apabila diceritakan di syurga kelak, beribu macam kesenangan akan dihidangkan kepada penghuninya.

Ada buah-buahan manis bermadu, makanan lazat berkhasiat, pakaian dari kain sutera halus kehijauan, gelang permata, bidadari rupawan...semuanya dinyatakan dengan jelas dalam puluhan ayat Al-Quran. Bila dah khatam Al-Quran nanti, baca terjemahan, pesan saya.

Saya sebutkan bahawa terdapat beberapa batang sungai yang mengalir di dalam syurga. Diriwayatkan antaranya ada sungai madu dan sungai susu.

Saya bercerita dengan penuh kesungguhan.."bayangkan kita duduk bersimpuh di tepi sungai yang mengalir susu, bila kita dahaga, kita ambil gelas yang diperbuat dari perak, kita cedok susu segelas dan kita minum..."

Along dengan selamba bertanya.."boleh tak susu tu jadi bebola jernih macam dalam cerita The Ant Bully tu?"

"pastu kita masuk aje dalam mulut dan boleh main campak-campak macam salji" sambung Angah pula.

"Aah, kita boleh main kejar-kejar..."tambah Kakak.

Dengan penuh keyakinan saya jawab..."Insyallah..boleh, di syurga semuanya boleh"

Begitulah anak-anak yang imaginasi mereka penuh dengan permainan...

2 comments:

ina said...

salam...
ngah, alang tak menyampuk lak kali nie, dah takde idea gamaknyer.
hehehe

Anonymous said...

Na,

Nama je ke? Tak de isi pun.

Alang nganga je kali ni..kagum benar dia dengar kak ngah cerita...padahal dialah yang paling liat solat ngan baca iqra'..hobi dia, balik sekolah, terus mandi pastu pakai towel sambil berbaring baca buku.

Kak Ngah