Monday, August 4, 2008

Pahlawanku- Ogos 2008

Semua rakyat Malaysia tahu, Ogos bulan kemerdekaan.

Kemerdekaan berkait rapat dengan semangat cintakan tanah air. Mereka yang berjuang bagi menuntut kemerdekaan layak digelar Pahlawan. Berjuang dengan senjata, berjuang dengan pena. Perwira bangsa.

Bangat-bangat menanam delima
Buah ranum merah menyala
Ingat-ingat pesan Panglima
Hilang Melayu hilang dunia

Keris sempena Ganja Iras
Bisanya empat puluh hari
Ke mana Panglima muda berhias
Menegak adil membela diri

Tak guna ayam di kampung
Ayam hitam memakai taji
Tidaklah guna berikat berbengkung
Kalau tak boleh menahan negeri

Saat ini, saya terkenangkan Dato' Onn Jaafar, pahlawan Melayu Johor. Pengasas UMNO, tetapi tidak pernah terlantik sebagai Perdana Menteri. Entah mana silapnya.

Dato' Onn sangat komited dalam perjuangan menuntut pembebasan dari British. Beliau menentang Malayan Union. Beliau berani meluahkan ketidakpuasan hati dengan sikap Sultan terhadap bangsa Inggeris. Sehingga pernah dihukum buang negeri oleh Sultan Johor. Namun, apabila Dato' Onn menulis sebuah buku yang mengangkat kemuliaan Sultan yang terbit dari taat setianya, Sultan memaafkan beliau dan menganugerahkannya sebanyak RM5000.

Namun, semasa beliau meninggal dunia, wang di akaun simpanan hanya berbaki sebanyak RM300 dan wang tunai RM30.

Beliau berwasiat supaya beliau dikapankan dengan wang simpanan beliau dan tidak perlu diadakan 'state funeral'.

Saat ini, saya kagum apabila membaca tentang semangat kental dan perjuangan yang sangat jitu oleh Pahlawan bangsa ini. Perwira negara.

Di UiTM Johor, andai ada pertandingan bercerita tentang pahlawan-pahlawan Melayu yang sanggup berkorban demi kemerdekaan tanah air tercinta, dan dilangsungkan di Masjid As-Syakirin, alangkah indahnya...

3 comments:

Anonymous said...

Salam Puan Noraini,

Ada kebenaran apa yang Puan bincangkan dalam entri kali ini. Cuba kita lihat pandangan ayah kepada A. Kadir Jasin [seorang veteran UMNO] tentang pemimpin UMNO:-

1. Pemimpin Umno lama yang berpendidikan dan dari latar belakang keluarga yang berada adalah lebih komited kepada perjuangan dan tidak terlalu bermata duitan; dan

2. Pemimpin generasi baru dari latar belakang yang miskin atau sederhana kurang semangat perjuangan dan mudah terpedaya oleh wang ringgit.

Cuba kita sama-sama bayangkan pemimpin kita satu persatu dan nilai kata-kata beliau.

Anonymous said...

Salam Anonymous

Mari kita bayangkan satu persatu...mana pemimpin yang terlibat dengan rasuah...dah nampak dah...tengok latar belakang keluarganya...hmmmm...ada kebenaran kata-kata tersebut...

Apapun, tulisan Mufti Perlis di bawah menarik untuk dijadikan iktibar:

"Ramai insan apabila tidak memahami kebesaran Allah menyangka bahawa harta dan kuasa adalah segala-galanya. Lalu dia menganggap sesiapa yang tidak kaya raya dan berkuasa tidak mendapat kurnia kebahagiaan daripada Tuhan. Seakan kurniaan Tuhan itu hanya tertumpu kepada empunya kuasa dan harta. Anggapan ini teramat silap. Ya! Harta dan kuasa boleh menjadi faktor yang membawa ketenangan dan kebahagiaan jiwa ia dikendalikan dengan betul. Namun, jika tidak ia boleh bertukar menjadi punca derita dan sengsara. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak dapat tidur lena dalam istana mewahnya, ketika si miskin sedang berdengkur menikmati nikmat tidur dalam rumah usangnya. Entah berapa ramai penguasa atau si kaya yang tidak berselera makan di hadapan hidangan mewahnya ketika si miskin dengan begitu enak menikmati sebungkus nasi yang dibalut dengan daun pisang. Maha Agung Allah swt, Dia memberi kurnia nikmatNya dengan pelbagai cara dan tanpa diduga".

Firman Allah mengenai golongan munafik: (maksudnya) “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55).

Jadi, bagi pemimpin dan bakal pemimpin, apabila dikurniakan Allah dengan kenikmatan yang banyak, janganlah leka dan tersasar jauh dari menjadi pemimpin yang diredhai Allah.

Noraini Ismail

payat inc said...

so kesimpulannye die ade rm330 la bile die meninggalkan dunia ni...

tapi this time around jauh berbeza.everything is about money...everything...

so puan ape pendapat puan tentang dialog yg dianjurkan oleh bar baru2 ni...

harap kite dapat berbincang tentang perkara ni via email

fadli_inc@yahoo.com