Friday, December 28, 2007

Bertemu Dr Mawar

Bertemu dengan cerpenis terkenal ini membuat saya begitu teruja. Perasaan yang sama turut dirasai ketika bertemu dengan Faisal Tehrani dan Nisah Haron. Dr Mawar secantik namanya. Tutur suaranya yang lembut amat saya senangi. Perkataan yang keluar dari mulutnya seperti bahasa buku: tersusun, tersaring dan jernih...saya juga belajar banyak perkataan baru. Turut membeli kumpulan cerpen beliau. Harapnya boleh menghabiskan bacaan malam ini juga. Tiba-tiba baru saya terperasan yang entri saya kali ini adalah sama seperti bahasa buku juga..hehehe

1 comment:

Sri Diah said...

Salam kenal untuk Noraini sekeluarga, semoga jalinan perkenalan ini akan berkekalan. Terima kasih kerana sudi menjenguk teratak kucing-kucing saya dan meninggalkan komen.

Sebenarnaya mereka semua itu lahir dizaman siri `MANJALARA' di tv sebab itulah nama mereka begitu. Sebenarnya ada yang bernama Zaza tetapi itulah anak Datin Saerah yang telah mati dalam masa dua minggu selepas dilahirkan.

Tidak lama lagi Tompok akan beranak, mungkin agaknya ada yang akan dipanggil Zaza. Tapi nama Sahara tak mungkin... anak-anak tak berkenan nama tu...

Selamat menyambut tahun 2008 semoga kekal bahagia, sihat dan sukses selalu hendaknya.