InsyaAllah dan Alhamdulillah, esok, 28 Oktober 2010, saya akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. KT 64. Dijangka sampai di kota Mekah pada malam Jumaat. Alhamdulillah...
Hati berdebar teruja walau terselit perasaan sayu meninggalkan anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan akhir. Apapun, panggilan Haji sudah menghampiri.
Wahai Allah, tuhanku yang satu, terimalah diri ini...
Wahai Muhammad saw, nantikan kehadiranku...
Wahai Mekah, wahai Madinah, akan kuselusuri sejarahmu
