"Tadi masa kakak cakap assalamualaikum, ada air hujan masuk dalam mulut kakak"
"Aaaa, habisla puasa ko..."usik Fahim.
"Agaknya siapa ye sembahyang minta hujan?" tanya Farhan.
Rasanya sudah lama Segamat tidak hujan yang betul-betul lebat. Suasana sangat sejuk. Makin laparlah anak-anak. Dua tiga kali mereka menjenguk masuk ke dapur. Saya masak ringkas sahaja hari ini. Asalkan digemari anak-anak. Nasi masa bersahur tadi dipanaskan. Saya buat tomyam ayam bersayur cendawan.
Gambar makaroni ni agak kelabu. Maklumlah, guna kamera handphone sahaja. Semalam saya panjangkan juadah ke rumah jiran. Lalu, dibalas dengan makaroni goreng. Berebut anak-anak makan. Hah, hari ini mama masak menu yang sama, makan sampai kenyang!
Popiah goreng berinti sengkuang dan lobak merah. Kegemaran Fatihah. Bersungguh-sungguh dia tolong menggulung. Saya teringin popiah basah dan teringatkan popiah Teluk Intan....
Selamat berbuka muslimin dan muslimat...
2 comments:
salam kak ani
ramadhan kareem
sepanjang bulan puasa ni tiap2 hari saya tunggu apa menu berbuka kak ani ehhe
Salam Ida,
Kak Ani dah buat test cat tu. Hasilnya Persian Cat tapi macam tak kena je dengan personaliti kak Ani. Agaknya jawap tak ikhlas kot...
Salam Ramadan
Post a Comment